RSS

Saturday, March 19, 2011

Ubi Kemili


 Biasa makan tak ubi nie? kepada sesiapa yang tak tau nie I nak bagi tau..ubi ni kat belah utara dipanggil ubi kemili dan ada juga yang panggil ubi keling..kebetulan pergi kuala nerang ada hal sikit singgah dekat pekan nat (pekan sehari)..kebetulan lama dah duk mengidam nak makan ubi ni..cuma tak berkesempatan untuk membeli nye..so kebetulan nampak terus kidnap je la..tak tunggu lagi, sebab kali ni agak besar dan montok2..
ubi ni sedap untuk dibuat gulai ataupun masak lemak dicampur dengan benda2 lain...tetapi yang paling nostalgia sekali ialah apabila direbus dan cicah bersama-sama dengan kelapa (nyoq) + gula dan sedikit garam..teringat masa zaman kecik-kecik dulu..mak I memang suka rebus ubi ni makan dengan kelapa parut.

Pokok ubi kemili / ubi keling
  Ok ni hasil dari carian kat pok cik google..sebelum ni tak pernah tengok pun pokok nye..

 Cantikkan pokok dia!!!..teringin nak tanam sendiri tapi selalunya kalau tanam pokok hidup sat je pas tu mati..tangan panas hehehehe..

Tu dia nie la yang nostalgia nieh!!..memang terangkat la (mak mertua lalu pun tak  nampak nieh!!) ..petang tadi satu family duk ngadap benda ni..termasuk la mak dan ayah..I..jiran sebelah pun tumpang sekaki (kebetulan duk sebelah menyebelah dengan kakak)...so apa-apa buat pun mesti kongsi bersama la kan!!!..baru meriah hidup ini 

Adoi!!..part nie la yang paling tak boleh nak lupa..masuk ke mulut gebus sekali!!..

Ubi keling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ubi Keling
Ubi Keling.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Hidupan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Lamiales
Keluarga: Lamiaceae
Genus: Plectranthus
Spesies: P. rotundifolius
Nama binomial
Plectranthus rotundifolius
Ubi keling merujuk kepada sejenis ubi yang kecil dan berkulit hitam. Nama saintifiknya adalah Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel. Di Indonesia, ia juga dikenali sebagai kentang Jawa atau kentang Ireng. Ubi ini boleh dimakan selepas direbus.



Thursday, March 17, 2011

DROP SCONES (DADAR SKON)

  
Tangan ank no 2..hehehe..minat gak dia!!

Pagi ni jadi mat saleh kejap..sebab skon ni adalah resepi desert dari barat..kita pun pernah buat tapi versi melayu namanya peknga..hehehehe..skon ni lain sikit la resepinya..sebab ada susu dan butter dan guna tepung beserbuk penaik..selain buat nie, nasi goreng buat gak..kalau tak kheyau(menangis) la anak sulung tu..kalau tak dak nasi memang tak leh duduk la dia..ok jom tengo resepinya..resepi ini ambik dari buku roti, kek dan pastri tulisan norani sidek..sebenarnya I banyak duk kumpul buku resepi ni..cuma tak sempat je nak cuba semua resepi2 tu..Insyaallah kalau ada masa nanti I upload pic buku2 tersebut ye!!..Jom kita peksa resepinya..sebenarnya senang je buat skon ni

Bahan

240 g terpung berserbuk penaik
secubit garam (tak letak pun sebab mentega dah masin dah)
50 g gula kastor
1 biji telur
1 cawan susu UHT
50 mentega cair

Cara-cara
  • Mula-mula cairkan mentega dan sejukkan
  • Tepung dan gula kastor dimasukkan ke dalam satu bekas
  • Masukkan telur, susu dan mentega cair dan kacau sehingga rata (untuk memudahkan bagi ianya sebati I masukkan kedalam mixer)
  • Panaskan kuali leper non stick atau kuali biasa boleh la diletakkan sedikit minyak
  • Dengan menggunakan camca besar, sudukan adunan ke atas kuali dan goreng sehingga kekuningan dan balikkan.
  • Dadar skon sedap dimakan bersama jem, madu ataupun krim putar.



Suka tengok je..orang lain yang makan..makan panas-panas memang sedap..ok kita tengok pic lagi..banyak juga snap pic skon ni...






Wednesday, March 16, 2011

TOMYAM CAMPUR


Tomyam campur ni ialah untuk makan tengahari semalam..hari ni..gantung periuk sat sebab ada kenduri kat umah jiran sebelah..cuma buat untuk ibu ku sahaja..iaitu ikan masak singgang je...sementara kemarin buat tomyam dan seperti biasa ayam masak merah untuk my kids...ok jom kita tengok sama-sama resepi tomyam campur ini

Bahan-Bahan:

100 gm isi ayam tanpa tulang  
50 gm daging 
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobiS
500 ml air masak  
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
Sebiji tomato
Garam  dan Paste tomyam

Cara-cara

Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.
Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.
Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis.
Akhir sekali masukkan garam, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.
Jika memerlukan rasa tambahan boleh la ditambah paste tomyam
Resepi di atas adalah di adapatasi dari web mesra.net resepi link ni..http://resepi.mesra.net/

Pulut dan Mangga (Mempelam)


Semalam (kemarin) berkesempatan pergi ke pekan sehari (nat selasa..hahahaha..panggilan femes..untuk orang2 kat belah2 sini)..orang bukan main ramai..biasa la bawa 3 orang tentera..untuk tolong bawa barang2..tetapi yang kecik tu tukang perabih..duit hehehehe..bukan apa kalau semua jenis mainan dia nak angkut bawa balik..macam la mak dia ni..tukang cop duit!!!..Abang dan kakak pula, muka kurang manis la..sebab kena bawa barang..si kakak siap cakap..lepas nie dah no..tak yah beli lagi..hehehehe..tapi masing2 ada upah nya..dah beli la barang2 yang diaorang nak..tu yang ok tu..masa jalan-jalan tu la ternampak orang jual mangga punya la manis...yang tau tu sebab penjual tu siap bagi rasa lagi..tu yang teruja nak beli tu..so pagi ni buat la pulut untuk dimakan dengan mangga tersebut..bukannya suah pun..just tanak je..pulut tu macm tanak nasi..sebab tak mau mulut yang diletakkan santan..banyak kolestrol tak sesuai untuk kesihatan...nak kata sedap tu tak la juga biasa je...

Sekilo RM 5




Kalau orang Jepun depa memang tak makan kalau buah yang ada hitam2 cegini

Amacam mengacam tak???

Ini untuk my kids..yang memang tak minat makan buah dan pulut...diaorang lebih suka makan buah magga macam tu sahaja..


Tambahan sambal telur

Pulut (nak gak ke resepinya)

Beras pulut 1 kilo
Santan 1 biji
1 camca kecil garam

Cara-cara
rendam pulut semalaman..pastu kukus ke dalam periuk kukus..bila telah lembut..bolehlah dikeluarkan pulut tersebut dan digaul bersama-sama dengan santan yang telah dicampurkan dengan garam..kacau sehingga sebati.Pulut perlu digaul dengan santan semasa masih panas-panas supaya sebati dan tidak berderai.




Sunday, March 13, 2011

SAGU BRONOK



Dah lama tak berN3..kebetulan sekarang ni musim cuti sekolah boleh la mencuba resepi-resepi kat internet nie. Lama dah duk teringin tapi masa tak mengizinkan. Memang dah lama teringin nak buat kuih ni tapi kalau kat bahagian utara ni tak tau la nama apa tapi kalau belah2 selatan namanya ialah kuih bronok. Senang je nak buat nya..walaupun kesihatan kurang mengizinkan tetapi teringin punya pasal gagah juga la untuk membuatnya. Tetapi memang sedap la..berbaloi buat. Ok jom kita tengok resepinya bersama-sama, memang senang.


Bahan-bahan 

  • 1 gelas sagu biji kecil
  • 3 gelas air
  • 3/4 gelas gula pasir (kuih ni manis sikit tapi boleh kurangkan kepada 1/2 cawan )
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja (tak perlu letakkan garam sebab dalam kuih dah ada garam)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
  4. Kukus selama 30 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya (tetapi memang cantik kalau kukus sagunya akan nampak sebiji-sebiji)
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap. 


  Kelapa parut yang dimesin baru cantik sebab nampak lebih halus