RSS

Monday, July 23, 2012

Nasi Kerabu Sedap


Tersangatla meriahnya

Lama dah duk teringin nak buat nasi ni..bila jumpa je bunga telang kat atas tu... di sekolah.. lagi la teringin nak buat nye..kalau nak tengok entry pasal bunga telang ni boleh la klik kat SINI  Agak renyah juga la nak buat nasi kerabu ni..ia la kena buat solok lada, ulam-ulaman , kuah dan juga ikan goreng tepung, ambik masa lama juga la dalam 2 jam kot..so jom kita tengok sama-sama resepi-resepi tersebut.

NASI
3 pot beras biasa --ikut keperluan la
2 helai daun limau purut
5 tangkai bunga telang
air secukupnya

CARA-CARA
Tanak nasi seperti biasa , masukkan bunga daun telang yang telah dibuang tangkai, masukkan aja bunga tu sebab lepas tu dia akan hancur sendiri...ada yang ambik air nya saja tapi, macam renyah je..kalau masukkan bunga aje dah ok.



 Kelapa parut kurang cantik sebab terambil yang kulit arinya (lain kali nak ambik yang putih saja)
 
SAMBAL KELAPA 
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah
sehiris halia
4 ekor ikan kembung di rebus

CARA-CARA
Goreng kelapa bagi agak garing, tumbuk bawang halia dan ikan bersama-sama, kemudian barulah digaulkan dengan kelapa yang telah disanggai tadi.



Yang ni yang paling sedap..anak la.. yang kata

KUAH 
7 tangkai cili kering
2 batang serai
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan santan pekat
sehiris serai
sedikit belacan

CARA-CARA
Blender semua bahan-bahan di atas kecuali santan, didihkan santan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi, renehkan sekejap dengan api yang perlahan, agak-agak dalam 20 minit, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.




ULAM-ULAMAN- semuanya dihiris halus kecuali taugeh
1/4 kobis
6 batang kacang panjang
2 kuntumbunga kantan
50 sen taugeh
Ulam tak banyak sangat letak sebab anak-anak tak minat sangat, anda boleh la tambah ulam-ulam yang lain lagi seperti
daun kunyit
daun cekur
daun kesum
daun selasih / kemangi
kangkung 
timun
bawang besar
 
Tak berapa cantik sebab lada dia agak rapuh..susah nak cari lada yang khas untuk solok..


SOLOK LADA
7 biji cili hijau - kena ambik yang khas untuk buat solok
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1 cawan santan pekat
4 ekor ikan kembung di rebus bersama-sama dengan asam jawa (untuk hilangkan hanyir)

CARA-CARA
Bawang, halia, serai, dan ikan di tumbuk, gaul bersama-sama dengan kelapa parut. didihkan santan dengan api yang perlahan, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi, bila agak sebati sumbatkan ke dalam cili hijau tadi..memandangkan cili tu bukan cili untuk nasi kerabu, cili biasa saja so dia agak rapuh, untuk mengurangkan kerapuhannya, bolehla dikukus dahulu tetapi janganla terlalu lama, nanti lembik pulak.




IKAN GORENG TEPUNG
5 ekor ikan kembung
1/2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit 
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
Bancuhkan tepung beras bersama-sama dengan air kapur , serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Adunan tepung seperti kita nak buat goreng pisang, jangan cair sangat nanti tepung tu tak lekat dekat ikan tersebut. Panaskan minyak, celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung tadi, dan sedia untuk digoreng.






SELAMAT MENCUBA
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA



 

 


No comments:

Post a Comment