RSS

Monday, July 23, 2012

REMAJA : SUNGGUH ISTIMEWA


Sumber : Majalah Haluan
Tajuk : Bersama Cikgu Ghazali Abdullah

Gejala Sosial. Apakah punca sebenar?
Saban hari kita dapat membaca di dada-dada akhbar dan media massa yang lain bahawa berlaku peningkatan masalah sosial terutamanya di kalangan remaja. Kes-kes bohsia , hamil di luar nikah, pembuangan bayi, gengsterisme , vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, arak hinggalah kepada kes mat rempit.

Semua kebejatan sosial ini merupakan simptom kepada kerosakan hati yang jauh dari hakikat keimanan yang sebenarnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.

Hati yang sihat dengan iman yang mendalam sahaja dapat membuahkan amalan soleh dan menjauhkan maksiat. Hati yang mengenali Allah dan Rasul sahaja yang akan mencintai dan mentaati segala perintah Allah dan Rasul.

Tanpa keimanan manusia mudah jatuh dalam perangkap jahiliah. Hidup untuk melayan nafsu seperti budaya hedoniseme, berfahaman materilaistik dan sekularisme. Keliru dengan konsep Islam. La ilaha illa Allah  sebagai manhaj hidup tidak lagi dihayati juziyyah (mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain).

Suasana persekitaran pula memudahkan lagi serangan jahiliah kepada masyarakat Islam terutamanya golongan remaja. Konsep globalisasi, langit terbuka membawa kepada pelbagai kesan positif dan negatif, namun yang negatif itu lebih mudah mencari mangsanya.

Apapun, jiwa manusia itu sama sahaja dahulu atau bila-bila. Hati manusia menjadi paksi kepada kebenaran Islam atau jahiliah. Soalnya, ke arah mana golongan remaja di bawa. Di sini kita dapati bentuk pendidikan yang di beri sama ada rasmi atau tidak rasmi memainkan peranan yang signifikan. Hari ini sestem pendidikan perdana hanya mampu melahirkan "pelajar yang pandai tetapi tidak cerdik"

Generasi Muda! Bagaimana Kukuhkan Jatidiri Dan Peribadi?
Kita perlu merujuk kepada generasi awal dan salafusoleh yang berjaya melahirkan umat yang gemilang menegakkan kalimah Allah SWT di muka bumi, iaitu melalui 3 faktor :

  1. Murabbi misali - Generasi muda perlu dididik oleh murabbi yang berwibawa, yang mempunyai sifat-sifat muslim mukmin yang misalli, yang dapat memberi didikan dan ilmu yang boleh membina genarsi muda yang bertakwa.
  2.  Kurikulum yang soleh -   Kurikulum atau manhaj soleh ialah yang mengambil Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan. Kurikulum yang membawa generasi muda mengenali dan mencintai Allah dan Rasul. Kurikulum yang boleh melahirkan generasi muda yang merasa izzah (mulia) dengan Islam dan sanggup berkorban untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
  3. Biah (persekitaran) yang soleh - Biah solehah sangat penting untuk mempertahankan ciri-ciri keislaman dalam diri. Kita tidak mahu menyerah kalah kepada suasana. Generasi muda seharusnya membina suasana solehah yang boleh memadamkan suasana-suasana jahiliah.
Dengan ketiga-tiga ini generasi muda akan mempunyai jati diri dan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dengan pesona jahiliah.

Bagaimana membangunkan Remaja Berakhlak Dan Cemerlang Akademik?
Golongan remaja hendaklah mengelokkan hubungan dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan terlibat melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Mereka hendaklah sentiasa memohon pertolongan dan bantuan Allah. Dialah sebaik-baik Penolong.

Masa muda jangan disia-siakan. Tingkatkan diri dari aspek keimanan, kerohanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar dapat menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri.

Relisasikan pada diri 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam Hasan Al-Banna rahimahullah iaitu "jasad yang kuat , akhlak yang mantap, fikiran yang bermaklumat , mampu bekerja, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, bermujahadah melawan nafsu, sangat menjaga waktu, urusannya tersusun, berguna untuk orang lain".Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.

Pesanan Cikgu Ghazali Abdullah
Wahai anak muda!!..janganlah merasa remeh terhadap diri sendiri. Jadilah elemen kebangkitan umat yang sangat penting. Penuhilah garapan masa hadapan umat, kamu Tika berada di fasa usia paling subur dan kuat, peliharalah kekuatan ini iaitu kekuatan roh, mental dan fizikal. Sedarilah bahawa, masa muda adalah suatu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya.

Jadilah diri sebagai contoh terbaik bagi orang lain. Berlaku insan dalam semua bidang, sama ada dalam bidang akademik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan waganegara seluruhnya.

Bersahabatlah sengan orang soleh kerana sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang dapat membantu kita mengingati Allah dan apabila kita lupa dia akan mengingatkan.

Hendaklah mengambil berat tentang masyarakat dan umat Islam dan permasalahannya. Aktifkan minda dengan mecari penyelesaian masalah masyarakat dan ummah.

Awas !!!..Jangan sesekali sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Yakinlah pada potensi dan keupayaan diri!!..Dan belajarlah dari mereka yang terdahulu..Sesungguhnya hikmah itu pencarian mukmin . Di mana sahaja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.


Sekadar hiasan tidak ada kaitan sama ada hidup itupun mati..suka tengok pic nie

SEKIAN WALLAH HU A'ALAM sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan orang yang menaip ini..semoga kita mengambil sedikit iktibar dari bahan di atas..sesungguhnya AKHIRAT ITU PASTI DAN KEKAL ABADI, TETAPI DUNIA ITU PASTINYA HANYA SEMENTARA SAHAJA(walaupun banyak keseronokan di dalamnya)....tanyalah diri sendiri dengan penuh keimanan yang mana satu yang akan kita pilih..TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA....

No comments:

Post a Comment