N3 kali ini ialah bagaimana untuk menjana kekuatan diri. Sesungguhnya tulisan ini hanya diambil dari majalah haluan .Sesungguhnya artikel ini ditaip bukan menunjukkan diriku nii baik dan sempurna dari segala segi..tetapi artikel ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri..yang kadang kala banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa..sekiranya para pembaca dapat menghadam segala bahan-bahan dibawah ALHAMDULILLAH..semoga sama-sama kita mendapat faedah dari artikel ini INSYAALLAH :
5 Amalan Soleh Menjana Kekuatan Diri
Sumber : Majalah Haluan
Tulisan BROHAMZAH
PERTAMA
Berusahalah untuk bertahajud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salafussoleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :
"Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, menghapuskan dosa dan mengusir penyakit daripada tubuh." (Haid riwatat At-Tarmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!.
KEDUA
Melazimi membaca Al_Quran dan zikir almathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketengan seorang mukmi Muslim. AL-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya? Ya. Ia merupakan penggerak dan dinamo utama kepada energy kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas ALLAH SWT dalam firmannya yang bermaksud :
"Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-Isra (17) : 82). Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : "Sekiranya hatimu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu (Al-Quran)."
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin Muslim yang utuh . Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.Solat menghubungkan jiwa, roh dan hati seseorang insan terus kepada Rabbnya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakkan dan melonjakkan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukkan dan aspek-aspek yang menyempurnakan. Dengan khusyuk. terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan didalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya. Solat menjadi kecintaan dan kerinduanya kerana ia mendapat manfaat bersama ibdah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda : "Dan jadikan mataku sejuk dalam solat". (Hadis riwayat Nasai).
KEEMPAT
Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha . Sabda Rasulullah SAW : "Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedekah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat Sunat Dhuha." (Hadis riwayat Abu Dzar RA).
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang. Sedekah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasing sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan Allah berfirman bermaksud : "Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui." (Al-Baqarah 2:261)
No comments:
Post a Comment