RSS

Monday, April 25, 2011

KEK PISANG GEBU


N3 kali ni ialah kek pisang gebu..tajuk macam mat gebu..tetapi bukan ambil dari mat..tapi ambik kat sini..nama gebu sebab memang gebu, cuma kat bahagian atas dia macam kering sikit, Tetapi berbeza sekali dengan kek pisang yang pernah aku buat...tapi ok la sebab bahan-bahan dia memang menjimatkan, tetapi kalau anak ramai kena buat 2 adunan. Ni pun buat dua adunan juga la, untuk bawa ke sekolah sama, sebenarnya dah dua kali beli pisang tapi tak jadi-jadi juga keknya..kali ke tiga baru le jadi, jom kita tengok resepinya sama-sama :


Adunan pertama
BAHAN-BAHAN
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.



 Adunan ke dua..padat sikit tak tau la sebab apa



Saturday, April 23, 2011

AKHLAK RASULULLAH


 JUJUR
Berlaku benar dalam perbuatan dan tidak berdusta dalam perkataan. Rasulullah SAW bersabda , "Sesungguhnya kejujuran itu akan menghantar kepada kebajikan, dan kebajikan itu akan menghantar ke syurga. Dan seseorang sentiasa berkata benar dan jujur hingga tercatat di sisi Allah sebagai orang yang benar dan jujur. Dan sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan, yang akhirnya akan menghantar ke dalam neraka. Dan seseorang sentiasa berdusta hingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta ,: (HR Bukhari dan Muslim)

MALU
Yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah malu dalam melakukan sebarang bentuk keburukan, Disamping itu merasai Allah sentiasa memerhati dan mengetahui setiap perlakuan hamba-hambanya . Apabila perasaan malu berada dalam sesuatu hal dan keadaan, ianya akan menambahkan baik semuanya.

DERMAWAN
Berinfaq dan bersedekah di jalan Allah dengan hati yang ikhlas, Allah hitung sebagai peinjaman yang akan dibayar dengan ganjaran berlipat kali ganda. Sepertimana maksud firman Allah , "Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memeperolehi pahala yang banyak," (QS Al-Hadid : 11)

ADIL DAN SAKSAMA
Berlaku adil dalam semua keadaan dan terhadap semua manusia, merangkumi kawan dan lawan maupun orang-orang kafir. Ini bertepatan maksud firman Allah, "Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil meskipun ia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji Allah yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat,".

MENEPATI JANJI
Hendaklah kamu menepati janji, sesungguhnya manusia iatu akan dipertanggungjawabkan tentang janjinya (QS Al-Israq : 34)

SABAR
Bersabar dalam melakukan ketaatan, bersabar meninggalkan maksiat dan bersabar menghadapi takdir Allah. Dengan bersabar seseorang akan menjadi orang yang baik dan sentiasa berbuat baik.

SALING BANTU-MEMBANTU
Dalam melakukan kebaikan dan taqwa sepertimana maksud firman Allah, "Tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,"





Wednesday, April 20, 2011

5 AMALAN SOLEH MENJANA KEKUATAN DIRI


N3 kali ini ialah bagaimana untuk menjana kekuatan diri. Sesungguhnya tulisan ini hanya diambil dari majalah haluan .Sesungguhnya artikel  ini ditaip bukan menunjukkan diriku nii baik dan sempurna dari segala segi..tetapi artikel ini adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri..yang kadang kala banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa..sekiranya para pembaca dapat menghadam segala bahan-bahan dibawah ALHAMDULILLAH..semoga sama-sama kita mendapat faedah dari artikel ini INSYAALLAH :

5 Amalan Soleh Menjana Kekuatan Diri 
Sumber : Majalah Haluan
Tulisan BROHAMZAH





PERTAMA
Berusahalah untuk bertahajud kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya. Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salafussoleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :
      "Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, menghapuskan dosa dan mengusir penyakit daripada tubuh." (Haid riwatat At-Tarmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!.





KEDUA
Melazimi membaca Al_Quran dan zikir almathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketengan seorang mukmi Muslim. AL-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya? Ya. Ia merupakan penggerak dan dinamo utama kepada energy kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas ALLAH SWT dalam firmannya yang bermaksud :
      "Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Al-Isra (17) : 82). Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : "Sekiranya hatimu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu (Al-Quran)."


KETIGA
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin Muslim yang utuh . Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.Solat menghubungkan jiwa, roh dan hati seseorang insan terus kepada Rabbnya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakkan dan melonjakkan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukkan dan aspek-aspek yang menyempurnakan. Dengan khusyuk. terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan didalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya. Solat menjadi kecintaan dan kerinduanya kerana ia mendapat manfaat bersama ibdah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda : "Dan jadikan mataku sejuk dalam solat". (Hadis riwayat Nasai).





KEEMPAT
Jaga solat dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha . Sabda Rasulullah SAW : "Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedekah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat Sunat Dhuha." (Hadis riwayat Abu Dzar RA).



KELIMA
Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang. Sedekah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasing sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan Allah berfirman bermaksud : "Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi Maha mengetahui." (Al-Baqarah 2:261)

      



Friday, April 15, 2011

Sakit merupakan satu ujian


Minggu ini agak sibuk sedikit, kerana menjaga emak di hospital, biasa la bila berada di hospital ni berkesempatan untuk melihat pelbagai jenis penderitaan dan pelbagai jenis penyakit, bila ingat2 balik kita yang sihat ni sepatutnya bersyukur dengan anugerah yang ALLAH berikan kepada kita iaitu anugerah kesihatan, bukan senang untuk mendapat kesihatan yang baik ni, ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, duit banyak pun kalau terlantar sakit sudah tidak ada nikmatnya lagi.Jadi sama-samalah kita berdoa agar mendapat anugerah kesihatan yang baik Insyaallah.

Friday, April 8, 2011

Lagi2 Lunch..


Kerang rebus
Tidak ketinggalan sambal belacan
Sebenarnya sambal belacan nie kena ada caranya..kalau tak memang tak kaw..hehehe..tapi ni kira ok la..bole la..versi tak berapa pedas

SAMBAL BELACAN
Bahan-Bahan
6 biji cili padi kampung 
1 biji cili besar merah
1 labu bawang besar
1 biji buah tomato
sedikit asam jawa
1/2 biji buah limau nipis
2 biji limau kasturi

HIASAN (tetapi sedap kalau tambah)
1 biji buah tomato
1labu bawang besar.

CARA_CARA
Blender @ tumbuk  semua bahan-bahan di atas kecuali buah limau, akhir sekali perah air limau nipis dan limau kasturi..hiris buah tomato dan juga bawang besar..sedia untuk dicecah dengan kerang diatas hehehe..sila2

Sayur bayam + carot ..resepi saya akan taip kat sini (tapi nanti la tak sempat lagi..insyaallah)


Ayam goreng kunyit ( resepi pun tengok sini ya)