BISKUT SAMPERIT
Biskut Samperit
Biskut yang paling banyak buat ialah biskut samperit, memang menjadi kegemaran satu family, tak dan beberapa hari dah habih 1 balang..Jom kita tengok resepinya. Sorry sebab dah lama tak berN3 tak sempat banyak sangat program kat sekolah, tak tau nak mula dari mana..apa-apa pun tunggu la lepas nie kita tengok tart blue berry pulak ye!!
Bahan-bahan
250 gram mentega
90 gram gula aising
100 gram tepung kastad
100 gram tepung jagung
200 gram tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
ceri merah / hijau secukupnya
Cara-cara
- Pukul gula dan mentega, masukkan kuning telur gaul sebati
- Masukkan ketiga-tiga jenis tepung dan di kacau sehingga sebati
- Bila dah sebati boleh la diambil sedikit dan ditekan ke dalam acuan samperit
- Bakar dengan suhu lebih kurang 200 C untuk oven gas jenama zanussi, memang cantik guna oven ni..memang turun temurun duk guan oven jenis ni..kalau ada masa nanti saya snapp picnya
Tart Blueberry