PENAMPILAN
- Penampilan isteri di tempat kerja direstui suami dan tidak bercanggah dengan Islam.
- Tidak berpakaian ketat seperti memakai kebaya yang menyerlahkan susuk tubuh.
- Tidak mengenakan baju yang diperbuat daripada material yang jarang kerana ia akan membuatkan si pemakai kelihatan seksi
- Menjaga nada suara ketika bergelak ketawa bersama rakan-rakan biarpun ketika bersama rakan sekerja perempuan
- Menjaga aib suami dengan tidak menceritakan perihal rumah tangga kepada rakan-rakan.
- Tidak bercakap mahupun bergurau secara melampau atau menyalahi adab.
- Tidak berhubungan rapat dengan rakan pejabat berlainan jantina kerana ia boleh membawa fitnah.
- Elakkan membawa balik kerja pejabat ke rumah kerana masa yang ada di rumah seharusnya diperuntukkan kepada suami dan anak melainkan jika suami mengizinkan
- Kurangkan bercerita hal pejabat yang remeh-temah kepada suami kerana suami juga mungkin mempunyai masalahnya sendiri di pejabat.
- Tidak melewat-lewatkan waktu pulang ke rumah sehingga suami perlu menunggu lama di rumah melainkan jika mempunyai hal.