RSS

Wednesday, March 31, 2010

BACAAN MEMBEZAKAN KEHIDUPAN

Bahan bacaan begitu banyak sekali, kerajaan juga telah melancarkan kempen membaca, namun ramai dari kita yang tidak suka membaca, jika ada yang rajin membaca mungkin kita perlu bertanya apakah jenis bahan bacaan yang sering dibaca?  Membaca akan menjadikan seseorang itu melebihi dari seseorang yang lain.  Membaca akan membezakan kehidupan seseorang, membaca juga boleh menjadikan seorang lebih berjaya berbanding dengan seseorang yang lain.  Dengan banyak membaca juga boleh menjadikan seseorang lebih mulia dan mudah untuk di dekati berbanding dengan seseorang yang tidak mahu membaca atau tidak bertambah langsung pembacaannya dari kecil hingga ke dewasa.  Apa yang menjadi bahan bacaan juga akan menjadi pembeza seseorang, orang yang hanyut dengan bahan bacaan novel semata-mata tentunya berbeza dengan seseorang yang membaca buku-buku motivasi atau sirah rasulullah saw atau kisah-kisah para sahabat rasulullah saw.
 
Mari kita renungkan tentang kehidupan kita setelah kita meninggalkan alam persekolahan, berapa banyak buku yang kita baca didalam setahun?  Adakah bahan-bahan itu telah menyebabkan kita merasakan untuk berubah dan menjadikan kita insaf untuk melakukan yang terbaik didalam kehidupan kita?  Apakah bahan bacaan kita menjadikan kita bersemangat dan sentiasa berusaha kearah lebih baik serta kita sentiasa mencari bahan-bahan bacaan yang baik buat kehidupan yang sementara ini.  Kita juga mungkin banyak mengunakan masa yang ada untuk bacaan ringan seperti surat khabar, majalah dan juga bahan-bahan jenaka, mari kita lihat sejauh manakah bermenefaatnya bahan-bahan bacaan tersebut bagi kehidupan kita.  Membaca surat khabat telah menyebabkan kita mengetahui banyak peristiwa kehidupan yang berlaku didunia ini, namun apakah kesan kepada diri kita?  Adakah dengan membaca surat khabar tersebut dan mengetahui gejala keburukan yang dilakukan masyarakat hari ini menyebabkan kita terangsang untuk melakukan sesuatu dan sanggup berkorban untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat.
 
Adakah dengan membaca majalah juga akan menjadikan kita lebih tenang dan gembira sehinggakan merasakan dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain didalam kehidupan kita, apakah bahan-bahan jenaka akan memberikan kepuasan kepada kehidupan kita dan dengan kepuasan tersebut menjadikan kita manusia yang akan bersyukur kepada Allah swt?  Jikta kita renungkan sedalam mungkin, bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan lain-lain ini adalah sekadar pendapat yang menceritakan segala peristiwa kehidupan manusia, ianya mungkin suatu yang baik untuk diketahui tetapi menefaatnya tidaklah seberapa.  Mungkin kita tahu tentang maklumat peperangan, mungkin kita tahu maklumat pengeboman, mungkin kita tahu berita buang bayi, kes rogol dan berbagai lagi kes lain yang berlaku.  Namun kita tidak dapat melakukan sesuatu selain menyesali atau menunding jari untuk berbincang akan masalah yang di hadapi.  Adakah masalah dan pengetahuan ini akan mengubah kehidupan dan cara kita berfikir sehinggakan kita akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki permasalahan yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita?
 
Jika tidak banyak yang boleh merubah kehidupan kita, mungkin kita boleh merenung kembali aktiviti yang telah kita gunakan untuk membaca bahan-bahan tersebut.  Mungkin kita boleh mengunakan masa yang ada untuk membaca bahan-bahan yang lebih bermanfaat, mungkin kita boleh mengunakan keewangan yang digunakan untuk membeli akhbar atau majalah untuk kebaikan diri kita yang lain dan menjadikan segala sesuatu yang kita laksanakan untuk kehidupan yang singkat ini dengan suatu yang betul-betul bererti dan kita dapat merasakan perubahan kepada suatu matlamat kehidupan yang lebih baik dari matlamat kehidupan sedia ada.  Wallah hu alam.
  

Tuesday, March 23, 2010

SEJAUH MANA PENTINGNYA DIRI KITA



Pokok serai dan pokok pandan sering kali digunakan didalam masakan orang-orang melayu, walau begitu pokok yang tersebut memberikan kesan rasa yang berlainan kepada masakan yang dimasak.  Kalau buat tom yam tentu sekali serai banyak digunakan dan kalau masak nasik lemak daun pandan pula yang memberikan menafaat untuk masakan tersebut.  Masing-masing ada fungsi yang tersendiri dan setiap sesuatu itu ada kebaikan yang telah disediakan oleh Allah swt untuk dimenefaatkan  kepada manusia.  Apakah menefaatnya diri kita kepada dunia ini?  Apakah kita memberikan kebaikan kepada kehidupan manusia di dunia ini?  Adakah kita ada dengan tiada serupa sahaja bagi orang-orang yang berada di sekeliling kita.
 
Mari kita kembali kepada keluarga kita, adakah kita amat-amat dirasai keperluannya, adakah kita apabila bersama dengan keluarga akan mengembirakan hati-hati mereka atau kita ada akan menyebabkan mereka rungsing dan serba tidak kena kerana mengetahui akan sikap kita yang suka memarahi atau mencari kesalahan mereka sahaja.  Adakah anak-anak kita akan ternanti-nanti kepulangan kita sebagai ayah atau ibu atau mereka telah biasa dengan ketiadaan kita, mereka biasa makan sendiri, mereka biasa melakukan semua yang diperlukan sendiri sehinggakan kita ada atau tiada tidak memberikan apa perubahan bagi diri mereka.  Mengapa kita diperlukan oleh mereka?  Adakah kerana kita memberikan keewangan semata-mata, atau kita diperlukan kerana mereka mahukan bantuan untuk pelajaran, atau kita diperlukan kerana mereka mahu bermanja, atau kita diperlukan kerana kita tempat meluahkan perasaan mereka atau kita diperlukan kerana mereka merasai kita dapat membantu mereka untuk selamat diakhirat nanti.  Apakkah yang terfikir didalam pemikiran mereka terhadap diri kita?
 
Apakah persiapan yang telah kita sediakan untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu yang akan dirasai oleh mereka sebagai seorang yang benar-benar diperlukan didalam kehidupan mereka.  Adakah kita telah menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan untuk diri kita atau kita memandang sepi sahaja Al Quran tersebut,  Persoalan ini begitu penting keran hanya Al Quran sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang di dunia dan juga di akhirat.  Sama kita sedar atau tidak kita tidak boleh menafikan tentang keterangan yang ada didalam Al Quran adalah suatu yang benar dan datang dari Allah swt, suatu yang wajib menjadi panduan kehidupan kita dan menjadi rujukan untuk berjaya didalam kehidupan dunia dan akhirat.  Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar merasakan akan keperluan kepada AL Quran.  Mari kita lihat paparan akhbar hari ini begitu banyak gejala sosial yang berlaku hari ini yang berpunca dari manusia menjauhkan diri dari Allah swt.  Mereka tidak takut kepada larangan-larangan Allah swt kerana mereka tidak mengenal Allah didalam kehidupan, mereka begitu sepi dari ayat-ayat Allah swt, tidak memahami dan juga tidak pernah belajar untuk mengetahui kerana mereka tidak diajak untuk mengenalinya oleh kedua ibu bapa mereka.
 
Kita tidak mungkin dapat melakukan sesuatu sekiranya kita sendiri tidak pernah bermula melakukannya, mari kita tanya diri kita apakah kita meletakkan hati kita untuk ditegur oleh ayat-ayat Allah swt melalui Al Quran?  Berapa kerap kita membaca Al Quran?  Berapa banyak ayat-ayat yang kita baca kita paham maksudnya?  Berapa banyak pula ayat yang menjadi hafalan kita dan sejauh mana kita benar-benar cuba untuk mempelajarinya.  Semua soalan-soalan ini memerlukan kita untuk berkorban dan membuat keputusan untuk melakukan perubahan, memerlukan kita merasai keperitan untuk susah bagi berjaya mendapatkan hidayah dari Allah swt.  Kita perlu berubah untuk melahirkan anak-anak yang mungkin akan menyelamatkan diri kita di akhirat nanti.  Beruntung kehidupan ini sekiranya anak-anak kita sentiasa takut kepada Allaah swt dan menjadi anak-anak yang soleh.  Apakah kita boleh berubah dan bersedai untuk menghadapi ujian dari Allah swt.  Allah hu alam. 


PESAN BESTARI



PESAN BESTARI

1. Kejayaan adalah pengembaraan, bukannya perhentian.
2. Rintihan tidak akan membawa kejayaan kepada hidup anda.
3. Faith moves the mountain. (Pepatah Inggeris)
4. A good student must aim, above and beyond the average.
5. Matlamat bermula di alam rasa, sampai ke alam pemikiran, beredar ke alam perbuatan dan berakhir di   
    alam kenyataan.
6. Manusia boleh mengubah nasib, tetapi nasib tidak boleh mengubah manusia.
7. Pohonlah kamu sekalian kepadaKu, pasti Aku akan kabulkan untukmu. (Al-Mukminin : 60)
8. Anda tidak akan mudah mengaku kalah dan mengangkat bendera putih.
9. Ingatlah! Kegagalan seseorang itu bukanlah kerana ketidakmampuannya untuk berjaya, tetapi ia gagal memahami keupayaannya untuk berjaya.
10. Berkata “TIDAK BOLEH” sebelum mencuba, dia telah gagal sebelum berjuang.
11. Adalah satu perkara yang mustahil Allah Yang Maha Adil memberikan tugas yang besar kepada manusia sebagai pemimpin alam ini sekiranya tidak dilengkapi dengan satu keupayaan yang besar untuk memikul tugas sebesar itu…. Yakinlah!!!
12. Apa yang ada di antara dua bahu dan telinga (ilmu) itu jauh lebih baik daripada apa yang ada di bawah dua telapak kaki (harta).
13. Ingatlah! Bukan semua yang bersinar itu intan dan yang malap itu kaca.
14. Di antara hidup dan mati, hanyalah dibezakan oleh sedegup jantung.
15. Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bersegi tidak akan datang terkedek-kedek.
16. Menuntut ilmu ibarat kita melalui sebatang sungai yang dalam airnya. Semakin kita menuju kuala, kita dapati betapa banyaknya air sungai itu. Akan tetapi, apabila kita sampai di kuala, kita akan dapati lautan itu cukup dalam airnya luasnya tidak bertepi. Begitulah ibarat ilmu yang semakin dituntut semakin banyak yang belum diketahui.
17. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama./ The thousand miles journey bagin with one small step. (Lao Tze)
18. Ilmu yang kita miliki hanya segenggam tangan sahaja. Sebesar dunia lagi yang belum dipelajari. (Pepatah Tamil) Katratu kain man alavu, kalla tatu vullagalavu)
19. Setiap orang yang dilahirkan pasti ada gunanya. Chien syen wu cai bi yo yong. (Pepatah Cina)
20. Dalam buku ada gadis jelita, dalam buku itu ada emas. (Pepatah China)
21. Ilmu ibarat lautan yang dalam yang masih belum diterokai, semakin dalam ia diselami, semakin banyak khazanah yang akan kita temui di mana ia tidak terdapat di daratan.
22. Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu bertemu dengan halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar bagi sesuatu cita-cita.
23. Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi oleh nenek moyang kita (Ali Abi Talib)
24. Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun ia diucapkan oleh orang kaya atau miskin, kerana mutiara yang berharga itu tidak jatuh nilainya walaupun penyelamnya adalah orang yang hina. (Ibnu Maafa’)
25. Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Abdul Malik Marwan)
26. Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidahnya dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah lakunya. (Ali Abi Talib)
27. Cintailah semua orang, percayalah sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat kepada sesiapa. (William Shakespeare)
28. Jiwa yang lemah adalah seumpama mikroskop yang membesarkan hal-hal yang kecil tetapi tidak boleh menerima hal yang besar. (Lord Ehesterfield)
29. Buku adalah umpama taman bunga yang boleh dibawa di dalam saku. (Peribahasa Arab)
30. Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal dan peti bodoh itu jahil. (Imam Syafie)
31. Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu lompatan menuju kejayaan demi kejayaan. (Budiman)
32. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. (Luqmanul Hakim)
33. Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang jatuh dan dapat bangun kembali. (Confucius)

KISAH TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA.

1. Ahli matematik Malaysia, Ali b. Yaakub (66 tahun) telah mengejutkan dunia matematik apabila berjaya menyelesaikan kajian pembuktian Teorom Terakhir Fermat yang telah terhenti sejak tahun 1665. Kejayaan beliau telah mengatasi kajian Andrew Miles dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat.(Utusan Malaysia, 5 Januari 1995)

2. Tauh Johari Atan, pemuda yang berasal dari Melaka dilahirkan cacat dan terpaksa dipapah untuk ke sekolah sejak kecil serta terpaksa menggunakan kerusi roda semasa belajar di universiti. Berkat ketabahan, beliau mencatat sejarah muncul sebagai peguam cacat yang pertama dalam sejarah negara Malaysia.

3.Roger Bannister, seorang pelajar Fakulti Perubatan dari Australia telah mencatat sejarah dunia pada 6 Mei 1954 apabila memecahkan rekod larian 1 batu iaitu dengan catatan 3 minit 59.4 saat. Sebelum ini, cubaan telah dilakukan selama 3200 tahun oleh pelari jarak jauh, tetapi gagal.

4.Thomas Elva Edison, pernah gagal beratus-ratus kali dalam eksperimen mencipta mentol lampu, tetapi berkat kesabaran dan kegigihan, eksperimen beliau akhirnya berjaya.

5.Jahangir Khan, pemuda berusia 22 tahun dari Pakistan telah berjaya menjadi juara dunia dalam acara squash sebanyak 5 kali dalam usia semuda itu berkat kegigihan.

6.Vasily Alexeev dari Soviet Union berjaya mencatat rekod dunia pada tahun 1970 dalam acara angkat berat apabila berjaya mengangkat beban seberat 500 lb.

7.Nelson Mendela, pemimpin kulit hitam Afrika Selatan pernah mengalami kesengsaraan merengkok dalam penjara selama 27 tahun akibat kekejaman rejim kulit putih setelah beliau memimpin gerakan prodemokrasi. Akan tetapi hasil kegigihannya, beliau berjaya memenangi pilihanraya dan terpilih sebagai Presiden Afrika Selatan.

8.Profesor Ismail Salleh, pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan seorang yang buta sejak kanak-kanak lagi. Beliau terpaksa belajar dengan menggunakan kaedah braille. Berkat ketekunan dan kepintarannya, beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti New York, Albany dan seterusnya ke peringkat PhD. di universiti yang sama.

Fikirkan boleh!!!!

Jika kau fikirkan kau boleh Engkaulah apa kau fikirkan
Kau hampir boleh melakukan Terkandung dalam pemikiran
Jika kau fikirkan ragu-ragu Berfikir boleh menentukan
Usahamu tidak menentu Fikirkan boleh

Jika kau fikirkan kekalahan Percaya apa kau lakukan
Kau hampiri kegagalan Tabah apa kau usahakan
Jika kau fikirkan kemenangan Bertindak atas kemampuan
Kau hampiri kejayaan Engkau boleh!!!!!


Pepatah China :
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
(Lao Tze)
Selamat berjaya daripada Cikgu Yasmin b Hashim @ Yasin.
SMK (A) Dato’ Ismail, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
PENGURUSAN MASA.
1. Pendahuluan.
Masa merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi manusia, kerana apabila berlalunya masa, ia tidak akan kembali lagi. Walaupun hanya beberapa detik, masa mampu menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang, contohnya dalam perlumbaan atau dalam peperiksaan.
Menyedari hakikat kepentingan masa inilah, Allah berfirman:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
melakukan amal soleh/baik, serta mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.”
(Al-Asr:1-3)
2.Usia dalam bentuk masa
1 hari = 24 jam
1 minggu = 168 jam
1 tahun = 8,736 jam(52 minggu)
60 tahun = 8736 jam X 60 = 524,160 jam.

TIDUR BELAJAR MAKAN LAIN-LAIN
1 hari 7 jam 8 jam 1 jam 8 jam
1 tahun 52 X 7 X 7 52 X 7 X 8 52 X 7 X 1 52 X 7 X 8
=2548 jam =2912 jam = 364 jam =2912 jam
Peratus 29.17 % 33.3 % 4.1 % 33.3 %
60 tahun 17.5 tahun 19.9 tahun 2.5 tahun 19.9 tahun

ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BETUL???

3. Jadual pengurusan masa.

Masa Aktiviti harian.
5.00 - 6.00 pagi : Bangun, mandi, sembahyang.
6.00 - 6.30 pagi : Sarapan, ulangkaji.
7.00 - 1.30 t/hari : Belajar di sekolah.
2.00 - 4.00 petang : Kerja rumah, baca akhbar/majalah.
4.00 - 6.00 petang : Berbincang, bermain.
6.00 - 8.00 malam : Rehat, makan, sembahyang.
8.00 - 10.30 malam : Menonton berita, belajar,ulangkaji.
11.00 malam : Tidur.

4. Pelan tindakan harian.

DO IT NOW!!!
Perkara untuk dilaksanakan hari ini:


“Time is the searcest recource. If it is not managed, nothing else can be properly managed.”
5. Teknik-teknik pengurusan masa.
1. Rancangkan masa anda.
2. Beri penumpuan.
3. Jangan bersikap perfectionist.
4. Jangan jadi Pak Sanggup.
5. Jangan menangguhkan kerja.
6. Buangkan sikap runsingkan perkara yang lepas.
7. Tentukan kerja yang terpenting.
8. Berehatlah bila perlu.

6. Kenapa kita perlu menguruskan masa.
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara:
a. Masa muda sebelum tua.
b. Masa sihat sebelum sakit.
c. Masa kaya sebelum miskin.
d. Masa lapang sebelum sibuk.
e. Masa hidup sebelum mati. (Hadis riwayat Baihaqi)

7. Saat kehidupan.
Hidup ini ada tiga saat sahaja:
- Saat yang telah berlalu.
- Saat yang sedang ditempuhi.
- Saat yang akan datang.
Justeru itu, jadikan:
- Saat yang telah berlalu sebagai sempadan dan teladan.
-Saat yang sedang ditempuhi sebagai tangga usaha.
-Saat yang akan datang sebagai perancangan kejayaan.
Sehari hanya ada tiga waktu sahaja:
- 1/3 waktu untuk usaha keduniaan.
- 1/3 waktu untuk berehat.
- 1/3 waktu untuk ibadah khusus.



8. Kesimpulan.
Orang yang berjaya dalam apa jua bidang sememangnya mempunyai rahsia mengurus masa dengan cemerlang. Dalam dunia yang luas ini, manusia dapat memanfaatkan masa yang hanya 24 jam satu hari itu dengan menguruskan masa secara terbaik. Justeru, tidak hairanlah jika pada pagi ini kita minum teh di Tokyo, makan tengah hari di Sarajevo dan makan malam di Montecarlo.

Renungan: Masa itu seperti pedang yang tajam. Jika kita gagal menggunakannya,
ia akan memotong kepala kita. (Pepatah Arah)


Sekian daripada: Cikgu Yasmin Hashim,
SMK (A) Dato’ Ismail,



Monday, March 22, 2010

AMALAN PELAJAR CEMERLANG


AMALAN PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.

Monday, March 15, 2010

MOOD CUTI SEKOLAH

Selama ni asyik geram duk tengok resepi je..tapi tak leh nak buat..alhamdulillah..hari ni..boleh le buat salah satu resepi yang aku duk baca tu..kebetulan cuti sekolah..semangat tu memang berkobar-kobar..plan nak buat tu kemarin lagi tapi tak cukup bahan..pas tu hari ni pulak nak mula buat pukul 3..check punya check..bateri penimbang lak habih..mula2 on tu aku ingat dah rosak..punya la gabra..iala lama juga tak guna sejak2 bulan lepas..tapi alhamdulillah bateri je...pegi la suruh anak menakan p beli..




Nie dia!!!..penimbang kesayangan ku nieh..dah 3 tahun dah..timbangannya memang mantop..tak pernah lari le...cadang tu nak buat pukul 3 terbantut la pulak...so kena star koi 4 le..tapi kejap je..campur tolak..dengan bakar..dalam 2 jam je kot...pukul 6.00 dah leh ngap!!!



Resepi asal dari Hana cuma guna telur 4 biji tapi bila di godek2 nampak cam keras je..so aku tambah le telur jadi 5 biji...

Plan A.. nak guna tepung berserbuk penaik..tapi ada orang tu tersilap beli..terpaksa la tukar ke plan B..guna tepung superfine..guna resepi yang dibuat oleh hana....

Bila masukkan susu ke dalam kek ni..dia akan rasa ala-ala kek lapis gitu..memang sedap..


Yang nie step putar mentega, ovallete dan gula bagi gebu...pas tu putarkan telur sebijik demi sebijik...

Guna acuan macam nieh lebih senang untuk mengeluarkan kek...ada dua keping yang boleh diasingkan..yang ni sebelum di satukan..


Yang nie bila dah disatukan...bahagian bawah tu kena lapik dengan kertas minyak dan disapukan mentega..bahagian tepi tin jangan sapu mentega sebab nanti kek akan jadi mengecut..

Susu 60g..

Coklat emulco dimasukkan...

serbuk koko..selalu aku guna chocolate van houthen ..
Masukkan dua sudu susu cair..supaya bahagian color coklat nie tak keras....balance le kegebuannya antara yang putih ngan coklat..



Bahagikan dua bahagian satu yang biasa satu yang coklat......

JENG JENG JENG!!!!!!!!

n3..yang dah lama tertangguh...baru boleh publish..hari nie...kek pun dah habih!!!..n3 yang tetangguh nie adalah disebabkan banyak perkara...pertama..kena habihkan tugasan utama iaitu mendaftar Peperiksaan PTK untuk cikgu2 dan yang kedua mengemaskini data eGTUKAR...dan yang paling bengang..duk upload pic berjam-jam..tu yang paling malas ...ok lah....cara-cara buat dah upload..tinggai keknye belum keluar2...jom kita tengok sama-sama apa jadi kat kek marble nieh!!..

Dia punya belang2 nampak besar ..sebab nak bagi  siap cepat...nanti arr.buat yang len nak buat bagi kecik2 sikit...


Ok..kat bawah nie...marble strawbery le pulak...aku buat hari yang berikutnye....aku guna paste strawbery..


ni dia ..paste strawbery tu...


Setelah digaul sebati...hasilnya kat bawah nieh...


Yang ni sebelum dilorek menggunakan sudu...


Nanti ye...yang lorek dan kek strawbery....tak leh publish lagi...lambat le nak upload..ada hal sikit...ok tengok le kek marble coklat dulu..tak sabar nak publish nieh...yang nie upload kali kedua (pukul 10.30 baru siap..)

Ok sekarang kita tengok yang dilorek dengan sudu..pulak

Ok..yang nie yang telah dilorek dengan sudu...

Taaaarraaaaaaaaaaa....ni dia kek perasa strawbery lak...garisannya lebih halus dari..kek coklat..sebab yang ni buat lebih cermat sikit...tapi lama juga le.. nak menyiapkannya...tapi nampak cun sikit la...

Ingat nak upload satu lagi pic kek marble strawbery...tapi bosan laa...lambat sangat lain kali le ye...resepi untuk kedua-dua kek nie..tak dan nak taip lagi...insyaallah...nanti le ye...kalau dah tak sabar..boleh le..jenguk2 kat dapur hana.tapi kena pandai2 adjust le ye...kalau dah biasa buat kek tak dak masalah...ok je...

Saturday, March 6, 2010

Lagi-lagi LUNCH!!!!!...

 Ayam Masak Merah Sempoi








Seronok pulak lepas masak ambik gambar..yang nie resepi yang disukai oleh anak2 ku..kalau buat hari2 pung tak pa..tapi tak elok juga duk makan ayam hari2..tetapi dah namanya budak2..kalau tak de makanan kegemaran sanggup tak nak makan nasi..ok lah ini kalau nak resepinya sila lihat kat sini

 
Hari ni sayur ini lakule pulak...yang kemarin kurang mendapat sambutan..tak tau le kenape..mungkin yang ini aku letakkan telur..yang semalam aku masukkan ikan bilis..resepinya boleh le dapatkan kat sini 


 

Sayur campur sawi dengan telur..tapi kalau letak telur memang menjadi kegemaran anak2 ku..silap-silap haribulan tak makan nasi pun boleh habih satu periuk...


 

Ini pulak untuk bonda ku tersayang..anak2 ku tak minat...depa panggil sayur celup air...

Orang lama selalunya lebih suka masakan yang macam nieh...

Friday, March 5, 2010

Makan tengah hari le pulak!!..

Tengah hari ni terlebih rajin le pulak...sebab sempat duk ambik pic makanan untuk tengah hari..iaitu asam pedas kacang bendi campur ikan kembung (tapi tak ambik gambar pun sebab yang tu bonda ku yang buat tak dan nak ambik dah habih di ngap)..sayur campur dan ikan talapia sweet sour....

Ikan talapia sweet sour


pic tak berapa clear...guna hp je..

SAYUR CAMPUR


 

Resepi nantile ye tak sempat nak taip...tapi sayur tu..boleh campak2 jeee...

Sarapan Pagi

Hari nie bangun mcm biasa pukul 5.00 walaupun cuti sekolah.. cuti.. tapi kena pegi gak sekolah..aktiviti biasa hari jumaat 8.00 hingga 9.30 kelas tambahan untuk budak budak ku..iele nak harap ...kat sekolah mana la nak cukup!!!..so hari ni terlebih rajin sikit..selalu nasi goreng je sebab anak2 lebih suka makan nasi goreng..kalau nasi pelik2 depa tak suka..contohnya nasi hujan panas ke..memang depa tak sentuh pun..tapi pagi ni aku buat nasi mentega.memang lakule..warna dia yang menarik kot...ni le nasi mentega ku itu tapi pic ni....pic lama tak sempat nak ambik pic..sebab kalut nak p sekolah....

NASI MENTEGA
 


RESEPI NASI MENTEGA

3 pot beras basmathi (saya guna beras biase je)
3 camca mentega
2 camca minyak sapi
2 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 cm halia*
3 cm kulit kayu manis
2 helai daun pandan
Cara-cara

  • Semua bahan-bahan bertanda * hendaklah dihiris halus
  • Panaskan mentega bersama-sama dengan minyak sapi
  • Tumiskan bahan-bahan hirisan, agak kekuningan masukkan buah pelaga, bunga cengkih, lawang dan kulit kayu manis
  • Masukkan air, sukatannya ikut macam mana kita selalu duk masak nasi.
  • kacau dan akhir sekali bila dah hampir kering masukkan daun pandan.
  • Siap untuk dihidangkan bersama-sama ayam masak merah atau sambal ikan bilis.

Ok lah ini nasi mentega yang paling simple..senang dan sedap..ok kat bawah nie pulak cara-cara nak masak ayam masak merah..

Ayam Masak Merah

1 kilo ayam
17 biji cili kering
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
2 cm halia
1/2 cawan cili sos

Cara-cara
  • goreng ayam agak-agak kekuningan
  • blend cili kering, bawang merah dan putih, halia dan cili sos
  • panaskan kuali dan masukkan 1/2 cawan minyak
  • setelah minyak panas masukkan bahan-bahan yang diblend
  • biarkan sampai pecah minyak kemudian masukkan ayam kacau sebentar...kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan..