RSS

Sunday, May 29, 2011

Apam Dot-Dot

Cuti sekolah datang lagi..tapi kejap je la cuma 2 minggu..Banyak projek nak buat..tetapi sempat yang ini je...bila cuti sibuk dengan kenduri pulak..Minggu ini ingat nak mengapam je lah..kat atas ni adalah apam dot-dot sekarang ni duk perap apam snow white ingat kejap lagi boleh le mengukusnya tak sabar ni apa-apapun ..jom kita tengok resepi apam dot-dot dulu..


Bahan-bahan:
3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar/ susu cair (susu sejat)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling strawberi/blueberi/ ikut suka - secukupnya
Pewarna ikut suka


Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi selama 6 - 8 minit.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut suka.

Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan sehingga 1/4 penuh. Picitkan filling secukupnya pada bahagian tengah. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ulang hingga habis.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.

 Nampak tak merekah tu..sebab api kuat sangat..so moralnya hanya mengukus selama 10 min je dengan api yang perlahan..


Ini yang letak filling strawbery..

Friday, May 27, 2011

Kelas Aneka Biskut Raya

Hari ni (27/05/20110)  berkesempatan menghadiri kelas membuat biskut raya di Sugar & Flour. Sebenarnya banyak kelas yang dah terlepas..dan teringin nak attend..tapi asyik busy je..duk tertangguh je..so bila berkesempatan ni memang best..banyak la ilmu yang dapat..macam mana nak buat biskut yang rangup dan gebu.Tapi ada la peristiwa sedih kat sini..Kamera dah bawa tertinggal memori kad pulak di dalam laptop so..tak leh le ambil pic banyak2.Pic kat atas tu kipnap di dalam facebook Sugar &Flour..Selalunya problem kat bateri tapi kali ni memori kad pulak..tak pa la nak buat macm mana tak dak rezeki..bukan senang nak attend kelas macam ni..tambah2 berbayar pula.. huhuhu rasa rugi la pulak..hehehe.Ok la jom kita tengok je la pic biskut yang di snapp kat umah,,,sebab disamping boleh rasa boleh bawa bekal untuk bawa balik ke rumah. Tang rasa tu yang best..maklumla bukan time raya,,tapi dapat makan biskut rasa sedap la pulak..tapi tak di nafikan memang sedap la biskutnya..rangup dan gebu..tak la terlalu manis..sedang2 je..Ok la jom kita tengok pic tu







 

Wednesday, May 25, 2011

Kek Alunan Kasih Lagi!!!


N3 kali ni pun tentang kek alunan kasih juga..kali ni buat 2 adunan..sebab nak bawa kesekolah sempena "Port Luck"..untuk cuti pertengahan tahun..kalau nak resepi boleh la tengok n3 yang lepas atau klik je kat SINI
Jom kita tengok pic yang sempat saya snapp!!!







Adunan Kedua



Wednesday, May 18, 2011

KEK ALUNAN KASIH


 Assalamualaikum, lama rasanya tak berN3...bukan apa sekarang ni..duk tengah seronok membaca..rasa macam malas nak update..material banyak..tapi nak bukak tenet tu yang agak malas sikit..tapi kerana anak punya pasal..so jadi la kek alunan kasih yang dah lama terliur tengok dekat bloq..orang lain so boleh la berN3....Kek ni kiranya ramai blogger2 yang telah mencubanya..tapi not bad la..sedap..en. hubby makan habih sebelah...tapi kena stopkan sebab dah malam..tak elok makan benda manis2 ni...terpaksa buat lepas maghrib sebab anak  no 2 merengek-rengek nak bawa kek ke sekolah untuk jamuan sempena hari guru..Kalau ikut dia nak kek cawan..tapi disebabkan kesuntukan masa..so bleh la cuba resepi kek alunan kasih nie...sumber resepi ramai ...kalau sapa rajin-rajin tengok bahagian dari dapur ke dapur boleh la tengok ramai blogger2 yang dah mencubanya (sebenarnya malas nak godek2 balik blog2 yang telah buat kek ni..so sorry la tak dapat menulis sumbernya..Insyaallah kalau ada masa I akan cari ya)....ok lah jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahan
5 Biji Telur
250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)- saya guna tepung berserbuk penaik
2 cwn gula halus ( Saya letak 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)-jadi kat sini saya kurangkan jadi 1/2 sudu teh
 ½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)

Serbuk koko (secukupnya)
Pewarna ( ikut citarasa masing2..
sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara-cara
1. Pukul planta dan gula smpai kembang...
2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
3.Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
4.Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama (hijau..n then ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer

Then masukan lapisan kedua.. (letak setengah) warna merah..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat..i guna spatula getah senang sikit)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..ulangi langkah tadi..sehingga selesai..saya buat 3 lapisan ja..nak cepat
Tips :

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.










Potongan tak cantik sikit sebab potong guna pisau bergerigi
Alhamdulillah hari ini ada masa sikit dapat la mencari sumbernya..anda boleh juga lihat dekat blogger ini ---->>>>> http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/search/label/cake


Sunday, May 1, 2011

Penang Butterfly Farm


Sempena cuti umum Hari Pekerja, I and family berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat agung NGO, sambil menyelam sambil la minum air..sempat la p butterfly farm dan Toys museum..ok la untuk kanak2 jom la tengok pic ni...
Masa datang penang naik feri

Masa balik ikut sini la pulak!!!
Sempat juga la singgah sini..