Penceramah : Ustaz Dr. Zaharudin (Zaharudin .net)
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan
menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa
memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun,
memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan
berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat
menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula
akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin
malap tanpa sinar.
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah,
tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin
mengejutkannya di hari pembalasan kelak, sama ada disebabkan dosa yang
di luar jangkaan atau timbunan pahala yang tidak disangka. Jika ia
pahala, Alhamdulillah, namun bagaimana jika dosa yang memenuhi buku
catatan amalan?.
Melalui artikel ini, sekadar ingin mengingatkan
kita semua agar lebih peka terhadap salah satu punca percambahan dosa.
Malah dosa yang kecil boleh berubah wajah kepada Kabair (dosa besar)
akibatnya. Tujuan tulisan ini tidak lain agar kita semua dapat lebih
berhati-hati terhadap dosa yang tidak disedari sedang dipromosi dan
disebarkan.
Perlu
kita semua fahami, manusia selain Rasulullah s.a.w tidak akan dapat
lari dari dosa. Paling kurang dosa-dosa kecil. Sebagai contoh, dosa-dosa
kecil amat mudah diperolehi apabila kita menonton televisyen sama ada
melalui tontonan aurat lelaki wanita di dalam siri drama, filem, iklan,
hatta berita. Dosa kecil juga boleh berlaku apabila kerananya sekiranya
seseorang itu melalaikan tanggungjawab agama yang lain dan pelbagai lagi
kekurangan kerananya.
Telah dibincang panjang lebar oleh ulama
Islam, TV dan filem adalah neutral, jika digunakan untuk tujuan
kebaikan, maka pahala diperolehi, jika keburukan, dosa tentunya.
Sudah
menjadi norma hari ini, hampir semua keluarga mempunyai TV walau
setinggi manapun tahap keilmuan agamanya. Jika tiada TV, internet juga
turut memasuki kebanyakan rumah umat Islam hari ini, segala jenis filem
dapat ditontoni melaluinya.
Diketika saya bersetuju dan tertarik
dengan seruan para ilmuan dan pendakwah agar kita memboikot Yahudi
Zionis dengan memboikot segala jenis hiburan melalaikan di televisyen
atau internet, kerana itu adalah antara agenda penting mereka dalam
merosakkan umat Islam. Namun begitu, sebahagian pendakwah ini mungkin
terlupa menyedarkan, bahawa filem-filem dan drama yang biasanya ‘box
office' karya Hollywood juga adalah karya hedonimse Barat dan Yahudi
Zionis. Itu juga sepatutnya diboikot.
Namun, desakan nafsu dan
Syaitan kerap mendorong sebahagian kita untuk terus melihat kisah-kisah
paparan kreativiti karyawan Barat ini. Walau kita tahu ia bercampur baur
adegan dosa (berpelukan, bercium dan sebagainya) dan pemaparan aurat
tentulah amat pasti.
DOSA KECIL YANG MEMBESAR DAN BERGANDA
Benar,
secara umumnya, ia mungkin masih dianggap dosa-dosa kecil. Dosa kecil
disebut oleh Nabi s.a.w boleh terhapus dengan solat fardhu, solat
Jumaat, zikir, istighfar dan pelbagai amalan lain. Namun demikian, dosa
kecil seperti itu boleh berganda sehingga adakalanya amalan seseorang
tidak lagi mampu memadamkan keseluruhannya.
Bilakah itu?
Ia
adalah apabila tontonan kita itu dikongsikan kepada orang lain melalui
pendedahan kita sendiri sama ada di ketika bercerita berkenaannya,
mungkin dalam ulasan kita. Atau lebih teruk lagi dipamerkan di FACEBOOK
sebagai filem (movies) yang diminati, dramaTV disukai, buku didambai,
muzik dikagumi dan sebagainya.
Bagi saya,tindakan mengisi ruang itu dengan sebarang filem yang majoritinya mendedahkan aurat dan bercampur baur pengajarannya adalah sama seperti mempromosikannya, memberikan iklan percuma kepadanya, memaklumkan keredhaan kita terhadapnya.
Mungkin
terkecuali jika kita menyiarkan minat kita terhadap movie pengajaran
seperti KungFu Panda, Toy Stories, Cars, Omar Mukhtar atau dokumentari
dan keagamaan seperti National Geographic, Discovery Channel, Berita,
Al-Kuliyyah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, Akademi al-Quran dan sebagainya.
Memaparkan
minat kita rancanganTV atau Movie yang jelas bercampur aduk dosa dalam
majoriti adegannya seperti ‘Desparate Housewives', ‘Friends', ‘Pretty
Women', ‘Notting Hill', ‘Kuch Kuch Hota Hai', ‘HEROES' dan jutaan lagi
filem sepertinya.
Walaupunseseorang itu memang meminati dan
menontonnya, namun sedarilah tontonan itu mengakibatkan banyak dosa-dosa
kecil. Tontontan itu tanda akibat kelemahan diri kita sehingga terjebak
dalam dosa sebegitu.
Memaklumkannya kepada
orang lain akan minat kita terhadap filem itu adalah dosa gandaan yang
lain. Ia adalah sebuah promosi iklan secara percuma. Malah mendedahkan
sokongan kita terhadap movie dan drama bermaksiat. Bukan sekadar movies
sahaja malah hal yang sama terpakai buat promosi buku, novel, muzik dan
public figure atau artis (khususnya di facebook).
Saya
bimbang, keghairahan berkongsi segala-galanya di dalam facebook, blog
dan forum akan tanpa sedar mempergandakan dosa seseorang.
Kecuali
jika diyakini dengan ilmu dan iman bahawa pengajaran BAIK dari filem
yang ingin dikongsi tersebut atau ditanda sebagai ‘like' itu MELEBIHI
UNSUR DOSA DAN BURUK. Sebagaimana drama-drama bermesej islam, penuh
pengajaran tetapi masih dilakonkan oleh pelakon mendedah aurat. Jika
diyakini unsur positifnya melebihi dan negatif, tatkala itu mungkin
wujudnya sedikit justifikasi untuk dipapar dan ditonjolkan dalam senarai
drama diminati. Dengan niat agar orang lain turut mendapat
pengajarannya.
Selain berkongsi minat terhadap hal yang disebut di atas, ada juga yang mendedahkan dosanya melalui gambar. Gambar seperti :
- ketika sedang minum arak,
- hadiri parti penuh maksiat,
- hadiri majlis dosa,
- sedang berpelukan lelaki wanita
- atau bersentuhan wanita dan lelaki yang bukan mahram (walaupun bagi seorang doktor kerana keperluan, tetapi gambar sedemikian PATUT disembunyikan)
- dan sebagainya.
كل أمتيمعافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقدستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبحيكشف ستر الله عليه
Ertinya:
Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan
(dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di
waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun
tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku
lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia
membuka (rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Justeru
itu, jadikanlah dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur
maksiat, atau menyukai musik hedonisme, atau melakukan maksiat secara
fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil
atau besar yang dilakukan di rumah, tersembunyi adalah antara individu
terbabit dengan Allah SWT. Tujuannya agar seseorang itu beroleh rahmat
Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut menjelma.
Mungkin
disebabkan pendedahannya, apabila ia ingin atau telah bertaubat, sukar
untuknya untuk memaklumkan kepada semua yang pernah mendengar atau
mengetahui pendedahannya agar bertaubat sama, malah taubatnya juga mungkin diragui orang lain atau paling kurang, membawa masalah dalam hati seperti boleh menumbulkan riya'.
Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telahatau pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN. Ia bukan hipokrit!
tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat.
Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal
ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul
persoalan dia cuba mengaburi mata orang ramai dan berpura-pura baik.
Rasulullah bersabda :
اجْتَنِبُوا
هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْأَلَمَّ
فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ
مَنْيُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
Ertinya
: "Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh
Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya
dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT.
Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami,
kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah
‘Azzawa Jalla." [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no:
7615 dan beliau berkata: "Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh
(al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya." Ini
dipersetujui oleh al-Zahabi.]
Pengecualiannya hanyalah apabila
kes melibatkan aib dan dosa ini diajukan di mahkamah untuk menangani
sesuatu kes, atau ketika merujuk kepada kaunselor diyakini untuk
membantu dan ilmuan Islam untuk mengetahui hukum dan kaedah pemulihan.
Allah
itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita untuk bertaubat dan
beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila
dosa tidak didedahkan. Didalam sebuah lagi hadis sohih disebutkan :-
أن النبيصلى الله عليه وسلم قال : يدني الله عبده المؤمن ، فيضع عليه كنفه ويستره ، فيقول: أتعرف ذنب كذا ؟ أتعرف ذنب كذا ؟ فيقول : نعم ، أي ربِّ ، حتى إذا قرره بذنوبه ، ورأىفي نفسه أنه قد هلك ، قال : سترتها عليك في الدنيا ، وأنا أغفرها لك اليوم
Ertinya:
Nabi bersabda : (Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang
hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata : Adakah kamu tahu
dosa kamu ini? Adakah kamu sedar dosa ini? Lalu jawab lelaki itu, Ya
Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan
binasa (dihukum), Allah berkata : Aku telah menutupinya di dunia dahulu (
dari pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya (
Riwayat Al-Bukhari)
Jelas dari hadis di atas, dosa yang dilakukan
dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat
untuk diampuni. Namun bagi mereka yang telah lebih dahulu berbangga
bercerita, mengiklan, promosi dan sebegainya sejak didunia lagi,
dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah
serta pengampunannya.
Segeralah
memadam paparan minat dan keterlibatan terhadap apa jua aktiviti,
tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang
mendekatkan diri kepada keredhaan Allah. Walau sebanyak, sedalam
manapun minat, sejauhmana pun keterlibatan, sembunyikan ia, bukan
bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi agar dia tidak tergolong
dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri
dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.
Semaklah facebook anda, blog, website, forum dan sembangan harian agar tidak tersalah dan mempergandakan dosa...INSYAALLAH..Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan buruk itu dari kelemahan manusia itu sendiri @ kalau susah sangat nak kawal deactivated sahaja account tersebut..Insyaallah semoga mendapat redhaNYA
No comments:
Post a Comment