RSS

Monday, July 23, 2012

Nasi Kerabu Sedap


Tersangatla meriahnya

Lama dah duk teringin nak buat nasi ni..bila jumpa je bunga telang kat atas tu... di sekolah.. lagi la teringin nak buat nye..kalau nak tengok entry pasal bunga telang ni boleh la klik kat SINI  Agak renyah juga la nak buat nasi kerabu ni..ia la kena buat solok lada, ulam-ulaman , kuah dan juga ikan goreng tepung, ambik masa lama juga la dalam 2 jam kot..so jom kita tengok sama-sama resepi-resepi tersebut.

NASI
3 pot beras biasa --ikut keperluan la
2 helai daun limau purut
5 tangkai bunga telang
air secukupnya

CARA-CARA
Tanak nasi seperti biasa , masukkan bunga daun telang yang telah dibuang tangkai, masukkan aja bunga tu sebab lepas tu dia akan hancur sendiri...ada yang ambik air nya saja tapi, macam renyah je..kalau masukkan bunga aje dah ok.



 Kelapa parut kurang cantik sebab terambil yang kulit arinya (lain kali nak ambik yang putih saja)
 
SAMBAL KELAPA 
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah
sehiris halia
4 ekor ikan kembung di rebus

CARA-CARA
Goreng kelapa bagi agak garing, tumbuk bawang halia dan ikan bersama-sama, kemudian barulah digaulkan dengan kelapa yang telah disanggai tadi.



Yang ni yang paling sedap..anak la.. yang kata

KUAH 
7 tangkai cili kering
2 batang serai
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan santan pekat
sehiris serai
sedikit belacan

CARA-CARA
Blender semua bahan-bahan di atas kecuali santan, didihkan santan kemudian masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi, renehkan sekejap dengan api yang perlahan, agak-agak dalam 20 minit, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.




ULAM-ULAMAN- semuanya dihiris halus kecuali taugeh
1/4 kobis
6 batang kacang panjang
2 kuntumbunga kantan
50 sen taugeh
Ulam tak banyak sangat letak sebab anak-anak tak minat sangat, anda boleh la tambah ulam-ulam yang lain lagi seperti
daun kunyit
daun cekur
daun kesum
daun selasih / kemangi
kangkung 
timun
bawang besar
 
Tak berapa cantik sebab lada dia agak rapuh..susah nak cari lada yang khas untuk solok..


SOLOK LADA
7 biji cili hijau - kena ambik yang khas untuk buat solok
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
1 cawan santan pekat
4 ekor ikan kembung di rebus bersama-sama dengan asam jawa (untuk hilangkan hanyir)

CARA-CARA
Bawang, halia, serai, dan ikan di tumbuk, gaul bersama-sama dengan kelapa parut. didihkan santan dengan api yang perlahan, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah di tumbuk tadi, bila agak sebati sumbatkan ke dalam cili hijau tadi..memandangkan cili tu bukan cili untuk nasi kerabu, cili biasa saja so dia agak rapuh, untuk mengurangkan kerapuhannya, bolehla dikukus dahulu tetapi janganla terlalu lama, nanti lembik pulak.




IKAN GORENG TEPUNG
5 ekor ikan kembung
1/2 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit 
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA
Bancuhkan tepung beras bersama-sama dengan air kapur , serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Adunan tepung seperti kita nak buat goreng pisang, jangan cair sangat nanti tepung tu tak lekat dekat ikan tersebut. Panaskan minyak, celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung tadi, dan sedia untuk digoreng.






SELAMAT MENCUBA
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA



 

 


Saturday, July 21, 2012

Bunga Telang Untuk Nasi Kerabu

Bunga Telang (Clitoria Ternatea)

Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.-Wikipedia

Suka sangat tengok bunga nie. Hari tu ada tanam dekat rumah, kawan kat Pahang bagi , tetapi baru je berbunga sekuntum dah mati, mungkin tanam dalam pasu kot tu yang dia susah nak hidup, ataupun derhaka kat tuan yang hantar kot. Apa yang saya paham tentang bunga ini ialah sejenis pokok nadir, pokok bunga telang menghasilkan bunga bewarna biru dengan bahagian tengah bewarna putih.  Bahagian bunga digunakan sebagai pewarna makanan misalnya warna nasi kerabu, kuih ketan atau pulut tai tai, atau sebagai pewarna sirap biru yang dikenali sebagai "nam dok anchan".  Bahagian akar pokok ini direbus untuk dijadikan ubat penenang atau antistress. Baru-baru ni bila ternampak je pokok ni kat sekolah, memang teruja habis la...sebab memang duk tengah mencari..bila ambik je terus la buat nasi kerabu tu..nanti saya akan post tentang nasi kerabu tu..pic adadah  tapi resepi je belum adjust lagi sebab hari tu ambik dekat banyak jenis blog ..untuk nasi blog lain dan untuk solok pulak kat tempat lain..itu la yang kena kumpul tu...nanti ye kita tengok sama-sama.jom kita tengok pokonya yang subur dan mekar setaman tu...

close up

memang tersangat la subur nye

Pondok yang ada kat dalam taman tu

kalau nak tengok resepi nasi kerabu boleh tengok kat sini

Saturday, July 14, 2012

Cameron Highland Part 1









Bharat plantation


Alhamdulillah berkesempatan untuk bercuti ke cameron highland . Memang duk rancang lama dah....Tapi baru-baru ini baru boleh pergi .Gambar kat atas tu adalah ladang teh dekat Cameron Bharat


rose valley

Ok pertama-tama sekali tempat yang hendak diceritakan ialah pasal rose valley..saya ni memang minat dengan munge..hehe..bila datang kat sini rasa macam tak mau balik hahaha...melampau betul..tetapi tak rugi la bayar RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Kalau nak masuk ke sini dan ambik gambar mau sehari pun tak habih...jom kita tengok gambar-gambar itu..

Trade mark rose valley..memang cantik view kat sini

memang cantik bangat!!!

Lokasi Rose Valley
Tak susah pun nak pergi ke rose valley ini sebab tepi jalan je OTW nak  pi ke Brincang. Kiranya rose valley ini terletak di Tringkap, kalau dari Simpang Pulau, tetapi kalau dari Tapah jauh la sikit..Kat bawah ini ada sedikit maklumat tentang Tringkap.

Tringkap adalah sebuah kampung kecil di Cameron Highlands. Kebanyakan penduduk terdiri daripada kaum Tionghua yang bekerja sebagai pekebun sayur atau bunga.
Ia juga dikenali sebagai 'Dai Kong Si' kerana sejarahnya yang istimewa dimana ia merupakan tempat pedagang Teh British mendirikan pejabatnya. Sekarang ia merupakan salah satu tarikan pelancongan dengan Taman Bunga Ros dan pasarnya yang terkenal.

Ok lah cukup setakat ini untuk maklumat tentang cuti-cuti ke Cameron Highland..Insyaallah ada masa nanti saya akan tulis lagi.

 




Saturday, June 23, 2012

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab 7.7


Alhamdulillah tercapai juga hasratku untuk memiliki tab ni. Bukan apa selalunya 
kalau nak online kena
guna hp kalau guna 
broadband akibatnya duk jadi berukband kat situ  la jawabnya sebab line masyaallah macam siput so kalau guna hp lebih laju lagi la.Selalunya duk guna hp kat bawah ni tetapi tulisan pula ...punya la kecik

Mata tak mau tengok kat kamera le...kena paksa pegang... kawan nak tengok tv..hehehe sian kena dera ngan ummi


So kalau guna tab ni , lebih laju dari broadband , almaklumlah kawasan rumahku, tiada liputan 3G cuma line GPRS je...so jom kita jamu mata pic-pic tersebut...sorry le terciwi le sikit...


Memudahkan untuk mengupdate blog...Insyaallah lepas nie bleh le post selalu ..Itupun kalau rajin!!!..hehehe kurang rajin le buat masa ni tak tau le kenapa...




 Masih suci lagi nie..belum tambah apa-apapun lagi...







Sunday, March 25, 2012

Tip Panduan Wanita Bekerja Dalam Rheda Allah SWT dan Suami

Sumber : Majalah Anis



PENAMPILAN
  • Penampilan isteri di tempat kerja direstui suami dan tidak bercanggah dengan Islam.
  • Tidak berpakaian ketat seperti memakai kebaya yang menyerlahkan susuk tubuh.
  • Tidak mengenakan baju yang diperbuat daripada material yang jarang kerana ia akan membuatkan si pemakai kelihatan seksi
PERGAULAN
  • Menjaga nada suara ketika bergelak ketawa bersama rakan-rakan biarpun ketika bersama rakan sekerja perempuan
  • Menjaga aib suami dengan tidak menceritakan perihal rumah tangga kepada rakan-rakan.
  • Tidak bercakap mahupun bergurau secara melampau atau menyalahi adab.
  • Tidak berhubungan rapat dengan rakan pejabat berlainan jantina kerana ia boleh membawa fitnah.
SIKAP DI RUMAH
  • Elakkan membawa balik kerja pejabat ke rumah kerana masa yang ada di rumah seharusnya diperuntukkan kepada suami dan anak melainkan jika suami mengizinkan
  • Kurangkan bercerita hal pejabat yang remeh-temah kepada suami kerana suami juga mungkin mempunyai masalahnya sendiri di pejabat.
  • Tidak melewat-lewatkan waktu pulang ke rumah sehingga suami perlu menunggu lama di rumah melainkan jika mempunyai hal.
 

Saturday, December 31, 2011

Salam Tahun Baru


Dah lama tak berN3..rasa-rasanya ini lah N3 yang pertama  untuk tahun baru 2012...Salam tahun baru untuk semua...Banyak perisitiwa yang telah berlaku, sepajang tahun 20112..ada peristiwa gembira dan tak kurang juga yang peristiwa sedih....Apa-apa pun teimalah semua yang telah berlaku dengan berlapang dada...Semoga tahun 2012 ini akan membawa sinar baru Insyaallah..

Sunday, September 4, 2011

Koleksi Biskut Raya

BISKUT SAMPERIT

Biskut  Samperit
Biskut yang paling banyak buat ialah biskut samperit, memang menjadi kegemaran satu family, tak dan beberapa hari dah habih 1 balang..Jom kita tengok resepinya. Sorry sebab dah lama tak berN3 tak sempat banyak sangat program kat sekolah, tak tau nak mula dari mana..apa-apa pun tunggu la lepas nie kita tengok tart blue berry pulak ye!!
Bahan-bahan
250 gram mentega
90 gram gula aising
100 gram tepung kastad
100 gram tepung jagung
200 gram tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
ceri merah / hijau secukupnya

Cara-cara
  • Pukul gula dan mentega, masukkan kuning telur gaul sebati
  • Masukkan ketiga-tiga jenis tepung dan di kacau sehingga sebati
  • Bila dah sebati boleh la diambil sedikit dan ditekan ke dalam acuan samperit
  • Bakar dengan suhu lebih kurang 200 C untuk oven gas jenama zanussi, memang cantik guna oven ni..memang turun temurun duk guan oven jenis ni..kalau ada masa nanti saya snapp picnya



Tart Blueberry