RSS

Wednesday, July 7, 2010

BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA LUPAKAN












Sunday, July 4, 2010

SERANGAN JANTUNG




Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan,
tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.




:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.




Thursday, April 15, 2010

TIP MENJAGA SOLAT

Ok hari ini saya akan menyenaraikan tip-tip untuk menjga SOLAT kerana kadang-kadang bagi orang yang tidak pernah menunaikan solat dan baru hendak bermula untuk menunaikan ibadat ini mestilah amat sukar buat beliau..disini dinyatakan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

 
Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.


1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat 
itu  sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
    • Kepentingan solat
    • Kelebihan solat
    • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
    • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
    • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
    • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
    • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
    • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

 
Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari. Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.
 
2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat

Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.



3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin

Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.

 
4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat

Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.




6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita. Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa seseorang atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!




7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

 
8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”



 

 
Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat. Sesungguhnya solat yang kusyuk dapat mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar..

 



Saturday, April 3, 2010

BIRTHDAY CT MAISARAH..01.04.2001


Bukan sambut pun sebenarnya...cuma buat kek je...dah namanya budak2..tengok kawan2 sambut depa pun nak gak le...tapi memang duk cakap kat depa..tiup lilin memang tidak dibolehkan didalam Islam...kalau buat kenduri jamu kengkawan tak pa la....sebagai doa selamat ...tapi sebenarnya tak buat kenduri pun just buat kek je..pastu bagi kat kenkawang dan guru kat sekolah dia je ....sebenarnya dah lama dah duk plan nak try buat cup cake..kebetulan cik ct maisarah ni duk merengek suh buat kek untuk kawan-kawan dia...jadi bole la cuba...walaupun sebenarnya aku memang keletihan sesangat...iele bayangkan la...hari rabu (31.04.2010) ada mesyuarat korikulum habih pukul 4.00 balik umah terkejar-kejar nak wat kek lak...tapi tak pe le demi anak ...kesian pulak...lepas solat asar baru start buat...habih dalam pukul 6.30...tapi dapat dalam 40 biji je...kawan-kawan dia ada dalam 36 orang.....memang tak cukup le..so kena le buat 1 adunan lagi...cukup le untuk cikgu2..dan sedara mara kat umah aku..adunan kedua buat lepas magrib dalam koi 10 baru siap...siap sekali dengan ising...ok jom kita tengok...macam mana prosed membuatnye.....nanti ye sambung lain kali ada hal sikit...Ok..kita sambung balik..minta maaf kepada sesiapa yang tertunggu-tunggu...bukan ape..sibuk dengan duk buat soalan untuk PKSM 2..yang akan diadakan pada 06/04/2010..ok lets begin now!!!..mula-mula tunjuk pic dulu le ye...nak taip resepi makan masa juga...

Ok nie proses mengadun...


cawan ini lebih mudah berbanding penggunaan cawan kertas yang lembut...sebab bila lembut kita terpaksa menggunakan bekas lain untuk mengelakkan kek mengembang tanpa mengikut bentuk.....

close up...




proses memasukkan adunan ke dalam acuan/cawan.....masukkan satu sudu besar je jangan lebih...nanti jadi membubun le pulak..susah nak letak ising...



Masukkan adunan dengan lemah lembut ye..nanti jadi macam pic kat atas..nak terjah ke jiran sebelah pulak!!!..ni pic sebelum dibakar.
....jeng-jeng...kat bawah .ni dia dah terbakar dah!!!




Memang best mase nie..dengan baunye yang mengancam...muaz sikecikpun boleh menghabihkan sebanyak  3 biji....dalam 3 saat je....tengok kat bawah nie..






ok ye...berhenti kejap ada hal sikit...resepi nanti ye..(duk janji tak sempat lagi nak taip..minta maaf banyak2...resepi yang bawah tu pun tak dan nak taip lagi...post yang kat bawah tu...copy and paste je tu yang cepat tu..)
Ok kita sambung balik....pic kat bawah nie..setelah cup cake diletakkan ising dan disusun berdasarkan huruf..

Actually ising ni pakai main letak je..baru belajar tak kreatif lagi..tapi bole le ye...

Pic tak berape clear..biase le ambik waktu malam kamerapun tak berape canggih...tapi..alhamdulillah bole gak le nak ambik gambar...ok resepi nanti ye...
Ok sambung ...

CUP CAKE

250 gram tepung beserbuk penaik
160 gram marjerin
100 gram mentega
100 gram gula perang
100 gram gula castor
5 biji telur
2 sudu besar serbuk coklat
1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA

  • Pukul mentega, marjerin, gula perang dan gula castor sehingga kembang
  • Masukkan telur satu persatu (maksudnya setiap sebijik telur pukul dalam masa 2 minit lebih kurang)
  • Masukkan tepung 
  • Masukkan esen vanila
  • Masukkan serbuk coklat (actually resepi asal guna paste coklat tapi anak-anak tak suka dengan baunya jadi saya gantikan dengan serbuk coklat van houthen)
  • Akhir sekali masukkan ke dalam acuan dan bakar api lebih kurang 150 darjah celcius






Wednesday, March 31, 2010

BACAAN MEMBEZAKAN KEHIDUPAN

Bahan bacaan begitu banyak sekali, kerajaan juga telah melancarkan kempen membaca, namun ramai dari kita yang tidak suka membaca, jika ada yang rajin membaca mungkin kita perlu bertanya apakah jenis bahan bacaan yang sering dibaca?  Membaca akan menjadikan seseorang itu melebihi dari seseorang yang lain.  Membaca akan membezakan kehidupan seseorang, membaca juga boleh menjadikan seorang lebih berjaya berbanding dengan seseorang yang lain.  Dengan banyak membaca juga boleh menjadikan seseorang lebih mulia dan mudah untuk di dekati berbanding dengan seseorang yang tidak mahu membaca atau tidak bertambah langsung pembacaannya dari kecil hingga ke dewasa.  Apa yang menjadi bahan bacaan juga akan menjadi pembeza seseorang, orang yang hanyut dengan bahan bacaan novel semata-mata tentunya berbeza dengan seseorang yang membaca buku-buku motivasi atau sirah rasulullah saw atau kisah-kisah para sahabat rasulullah saw.
 
Mari kita renungkan tentang kehidupan kita setelah kita meninggalkan alam persekolahan, berapa banyak buku yang kita baca didalam setahun?  Adakah bahan-bahan itu telah menyebabkan kita merasakan untuk berubah dan menjadikan kita insaf untuk melakukan yang terbaik didalam kehidupan kita?  Apakah bahan bacaan kita menjadikan kita bersemangat dan sentiasa berusaha kearah lebih baik serta kita sentiasa mencari bahan-bahan bacaan yang baik buat kehidupan yang sementara ini.  Kita juga mungkin banyak mengunakan masa yang ada untuk bacaan ringan seperti surat khabar, majalah dan juga bahan-bahan jenaka, mari kita lihat sejauh manakah bermenefaatnya bahan-bahan bacaan tersebut bagi kehidupan kita.  Membaca surat khabat telah menyebabkan kita mengetahui banyak peristiwa kehidupan yang berlaku didunia ini, namun apakah kesan kepada diri kita?  Adakah dengan membaca surat khabar tersebut dan mengetahui gejala keburukan yang dilakukan masyarakat hari ini menyebabkan kita terangsang untuk melakukan sesuatu dan sanggup berkorban untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat.
 
Adakah dengan membaca majalah juga akan menjadikan kita lebih tenang dan gembira sehinggakan merasakan dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain didalam kehidupan kita, apakah bahan-bahan jenaka akan memberikan kepuasan kepada kehidupan kita dan dengan kepuasan tersebut menjadikan kita manusia yang akan bersyukur kepada Allah swt?  Jikta kita renungkan sedalam mungkin, bahan bacaan seperti surat khabar, majalah dan lain-lain ini adalah sekadar pendapat yang menceritakan segala peristiwa kehidupan manusia, ianya mungkin suatu yang baik untuk diketahui tetapi menefaatnya tidaklah seberapa.  Mungkin kita tahu tentang maklumat peperangan, mungkin kita tahu maklumat pengeboman, mungkin kita tahu berita buang bayi, kes rogol dan berbagai lagi kes lain yang berlaku.  Namun kita tidak dapat melakukan sesuatu selain menyesali atau menunding jari untuk berbincang akan masalah yang di hadapi.  Adakah masalah dan pengetahuan ini akan mengubah kehidupan dan cara kita berfikir sehinggakan kita akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki permasalahan yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita?
 
Jika tidak banyak yang boleh merubah kehidupan kita, mungkin kita boleh merenung kembali aktiviti yang telah kita gunakan untuk membaca bahan-bahan tersebut.  Mungkin kita boleh mengunakan masa yang ada untuk membaca bahan-bahan yang lebih bermanfaat, mungkin kita boleh mengunakan keewangan yang digunakan untuk membeli akhbar atau majalah untuk kebaikan diri kita yang lain dan menjadikan segala sesuatu yang kita laksanakan untuk kehidupan yang singkat ini dengan suatu yang betul-betul bererti dan kita dapat merasakan perubahan kepada suatu matlamat kehidupan yang lebih baik dari matlamat kehidupan sedia ada.  Wallah hu alam.
  

Tuesday, March 23, 2010

SEJAUH MANA PENTINGNYA DIRI KITA



Pokok serai dan pokok pandan sering kali digunakan didalam masakan orang-orang melayu, walau begitu pokok yang tersebut memberikan kesan rasa yang berlainan kepada masakan yang dimasak.  Kalau buat tom yam tentu sekali serai banyak digunakan dan kalau masak nasik lemak daun pandan pula yang memberikan menafaat untuk masakan tersebut.  Masing-masing ada fungsi yang tersendiri dan setiap sesuatu itu ada kebaikan yang telah disediakan oleh Allah swt untuk dimenefaatkan  kepada manusia.  Apakah menefaatnya diri kita kepada dunia ini?  Apakah kita memberikan kebaikan kepada kehidupan manusia di dunia ini?  Adakah kita ada dengan tiada serupa sahaja bagi orang-orang yang berada di sekeliling kita.
 
Mari kita kembali kepada keluarga kita, adakah kita amat-amat dirasai keperluannya, adakah kita apabila bersama dengan keluarga akan mengembirakan hati-hati mereka atau kita ada akan menyebabkan mereka rungsing dan serba tidak kena kerana mengetahui akan sikap kita yang suka memarahi atau mencari kesalahan mereka sahaja.  Adakah anak-anak kita akan ternanti-nanti kepulangan kita sebagai ayah atau ibu atau mereka telah biasa dengan ketiadaan kita, mereka biasa makan sendiri, mereka biasa melakukan semua yang diperlukan sendiri sehinggakan kita ada atau tiada tidak memberikan apa perubahan bagi diri mereka.  Mengapa kita diperlukan oleh mereka?  Adakah kerana kita memberikan keewangan semata-mata, atau kita diperlukan kerana mereka mahukan bantuan untuk pelajaran, atau kita diperlukan kerana mereka mahu bermanja, atau kita diperlukan kerana kita tempat meluahkan perasaan mereka atau kita diperlukan kerana mereka merasai kita dapat membantu mereka untuk selamat diakhirat nanti.  Apakkah yang terfikir didalam pemikiran mereka terhadap diri kita?
 
Apakah persiapan yang telah kita sediakan untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu yang akan dirasai oleh mereka sebagai seorang yang benar-benar diperlukan didalam kehidupan mereka.  Adakah kita telah menjadikan Al Quran sebagai panduan kehidupan untuk diri kita atau kita memandang sepi sahaja Al Quran tersebut,  Persoalan ini begitu penting keran hanya Al Quran sahaja yang dapat menyelamatkan seseorang di dunia dan juga di akhirat.  Sama kita sedar atau tidak kita tidak boleh menafikan tentang keterangan yang ada didalam Al Quran adalah suatu yang benar dan datang dari Allah swt, suatu yang wajib menjadi panduan kehidupan kita dan menjadi rujukan untuk berjaya didalam kehidupan dunia dan akhirat.  Sejauh mana sebenarnya kita benar-benar merasakan akan keperluan kepada AL Quran.  Mari kita lihat paparan akhbar hari ini begitu banyak gejala sosial yang berlaku hari ini yang berpunca dari manusia menjauhkan diri dari Allah swt.  Mereka tidak takut kepada larangan-larangan Allah swt kerana mereka tidak mengenal Allah didalam kehidupan, mereka begitu sepi dari ayat-ayat Allah swt, tidak memahami dan juga tidak pernah belajar untuk mengetahui kerana mereka tidak diajak untuk mengenalinya oleh kedua ibu bapa mereka.
 
Kita tidak mungkin dapat melakukan sesuatu sekiranya kita sendiri tidak pernah bermula melakukannya, mari kita tanya diri kita apakah kita meletakkan hati kita untuk ditegur oleh ayat-ayat Allah swt melalui Al Quran?  Berapa kerap kita membaca Al Quran?  Berapa banyak ayat-ayat yang kita baca kita paham maksudnya?  Berapa banyak pula ayat yang menjadi hafalan kita dan sejauh mana kita benar-benar cuba untuk mempelajarinya.  Semua soalan-soalan ini memerlukan kita untuk berkorban dan membuat keputusan untuk melakukan perubahan, memerlukan kita merasai keperitan untuk susah bagi berjaya mendapatkan hidayah dari Allah swt.  Kita perlu berubah untuk melahirkan anak-anak yang mungkin akan menyelamatkan diri kita di akhirat nanti.  Beruntung kehidupan ini sekiranya anak-anak kita sentiasa takut kepada Allaah swt dan menjadi anak-anak yang soleh.  Apakah kita boleh berubah dan bersedai untuk menghadapi ujian dari Allah swt.  Allah hu alam. 


PESAN BESTARI



PESAN BESTARI

1. Kejayaan adalah pengembaraan, bukannya perhentian.
2. Rintihan tidak akan membawa kejayaan kepada hidup anda.
3. Faith moves the mountain. (Pepatah Inggeris)
4. A good student must aim, above and beyond the average.
5. Matlamat bermula di alam rasa, sampai ke alam pemikiran, beredar ke alam perbuatan dan berakhir di   
    alam kenyataan.
6. Manusia boleh mengubah nasib, tetapi nasib tidak boleh mengubah manusia.
7. Pohonlah kamu sekalian kepadaKu, pasti Aku akan kabulkan untukmu. (Al-Mukminin : 60)
8. Anda tidak akan mudah mengaku kalah dan mengangkat bendera putih.
9. Ingatlah! Kegagalan seseorang itu bukanlah kerana ketidakmampuannya untuk berjaya, tetapi ia gagal memahami keupayaannya untuk berjaya.
10. Berkata “TIDAK BOLEH” sebelum mencuba, dia telah gagal sebelum berjuang.
11. Adalah satu perkara yang mustahil Allah Yang Maha Adil memberikan tugas yang besar kepada manusia sebagai pemimpin alam ini sekiranya tidak dilengkapi dengan satu keupayaan yang besar untuk memikul tugas sebesar itu…. Yakinlah!!!
12. Apa yang ada di antara dua bahu dan telinga (ilmu) itu jauh lebih baik daripada apa yang ada di bawah dua telapak kaki (harta).
13. Ingatlah! Bukan semua yang bersinar itu intan dan yang malap itu kaca.
14. Di antara hidup dan mati, hanyalah dibezakan oleh sedegup jantung.
15. Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bersegi tidak akan datang terkedek-kedek.
16. Menuntut ilmu ibarat kita melalui sebatang sungai yang dalam airnya. Semakin kita menuju kuala, kita dapati betapa banyaknya air sungai itu. Akan tetapi, apabila kita sampai di kuala, kita akan dapati lautan itu cukup dalam airnya luasnya tidak bertepi. Begitulah ibarat ilmu yang semakin dituntut semakin banyak yang belum diketahui.
17. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama./ The thousand miles journey bagin with one small step. (Lao Tze)
18. Ilmu yang kita miliki hanya segenggam tangan sahaja. Sebesar dunia lagi yang belum dipelajari. (Pepatah Tamil) Katratu kain man alavu, kalla tatu vullagalavu)
19. Setiap orang yang dilahirkan pasti ada gunanya. Chien syen wu cai bi yo yong. (Pepatah Cina)
20. Dalam buku ada gadis jelita, dalam buku itu ada emas. (Pepatah China)
21. Ilmu ibarat lautan yang dalam yang masih belum diterokai, semakin dalam ia diselami, semakin banyak khazanah yang akan kita temui di mana ia tidak terdapat di daratan.
22. Orang yang bercita-cita dan berazam besar selalu bertemu dengan halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar bagi sesuatu cita-cita.
23. Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi oleh nenek moyang kita (Ali Abi Talib)
24. Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun ia diucapkan oleh orang kaya atau miskin, kerana mutiara yang berharga itu tidak jatuh nilainya walaupun penyelamnya adalah orang yang hina. (Ibnu Maafa’)
25. Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Abdul Malik Marwan)
26. Ilmu yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar di hujung lidahnya dan ilmu yang paling tinggi ialah yang melahirkan kesan kepada tingkah lakunya. (Ali Abi Talib)
27. Cintailah semua orang, percayalah sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat kepada sesiapa. (William Shakespeare)
28. Jiwa yang lemah adalah seumpama mikroskop yang membesarkan hal-hal yang kecil tetapi tidak boleh menerima hal yang besar. (Lord Ehesterfield)
29. Buku adalah umpama taman bunga yang boleh dibawa di dalam saku. (Peribahasa Arab)
30. Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah, peti fikiran di akal dan peti bodoh itu jahil. (Imam Syafie)
31. Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu lompatan menuju kejayaan demi kejayaan. (Budiman)
32. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak. (Luqmanul Hakim)
33. Orang yang terpuji bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang jatuh dan dapat bangun kembali. (Confucius)

KISAH TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA.

1. Ahli matematik Malaysia, Ali b. Yaakub (66 tahun) telah mengejutkan dunia matematik apabila berjaya menyelesaikan kajian pembuktian Teorom Terakhir Fermat yang telah terhenti sejak tahun 1665. Kejayaan beliau telah mengatasi kajian Andrew Miles dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat.(Utusan Malaysia, 5 Januari 1995)

2. Tauh Johari Atan, pemuda yang berasal dari Melaka dilahirkan cacat dan terpaksa dipapah untuk ke sekolah sejak kecil serta terpaksa menggunakan kerusi roda semasa belajar di universiti. Berkat ketabahan, beliau mencatat sejarah muncul sebagai peguam cacat yang pertama dalam sejarah negara Malaysia.

3.Roger Bannister, seorang pelajar Fakulti Perubatan dari Australia telah mencatat sejarah dunia pada 6 Mei 1954 apabila memecahkan rekod larian 1 batu iaitu dengan catatan 3 minit 59.4 saat. Sebelum ini, cubaan telah dilakukan selama 3200 tahun oleh pelari jarak jauh, tetapi gagal.

4.Thomas Elva Edison, pernah gagal beratus-ratus kali dalam eksperimen mencipta mentol lampu, tetapi berkat kesabaran dan kegigihan, eksperimen beliau akhirnya berjaya.

5.Jahangir Khan, pemuda berusia 22 tahun dari Pakistan telah berjaya menjadi juara dunia dalam acara squash sebanyak 5 kali dalam usia semuda itu berkat kegigihan.

6.Vasily Alexeev dari Soviet Union berjaya mencatat rekod dunia pada tahun 1970 dalam acara angkat berat apabila berjaya mengangkat beban seberat 500 lb.

7.Nelson Mendela, pemimpin kulit hitam Afrika Selatan pernah mengalami kesengsaraan merengkok dalam penjara selama 27 tahun akibat kekejaman rejim kulit putih setelah beliau memimpin gerakan prodemokrasi. Akan tetapi hasil kegigihannya, beliau berjaya memenangi pilihanraya dan terpilih sebagai Presiden Afrika Selatan.

8.Profesor Ismail Salleh, pensyarah Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan seorang yang buta sejak kanak-kanak lagi. Beliau terpaksa belajar dengan menggunakan kaedah braille. Berkat ketekunan dan kepintarannya, beliau dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti New York, Albany dan seterusnya ke peringkat PhD. di universiti yang sama.

Fikirkan boleh!!!!

Jika kau fikirkan kau boleh Engkaulah apa kau fikirkan
Kau hampir boleh melakukan Terkandung dalam pemikiran
Jika kau fikirkan ragu-ragu Berfikir boleh menentukan
Usahamu tidak menentu Fikirkan boleh

Jika kau fikirkan kekalahan Percaya apa kau lakukan
Kau hampiri kegagalan Tabah apa kau usahakan
Jika kau fikirkan kemenangan Bertindak atas kemampuan
Kau hampiri kejayaan Engkau boleh!!!!!


Pepatah China :
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
(Lao Tze)
Selamat berjaya daripada Cikgu Yasmin b Hashim @ Yasin.
SMK (A) Dato’ Ismail, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
PENGURUSAN MASA.
1. Pendahuluan.
Masa merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi manusia, kerana apabila berlalunya masa, ia tidak akan kembali lagi. Walaupun hanya beberapa detik, masa mampu menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang, contohnya dalam perlumbaan atau dalam peperiksaan.
Menyedari hakikat kepentingan masa inilah, Allah berfirman:
“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
melakukan amal soleh/baik, serta mereka yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.”
(Al-Asr:1-3)
2.Usia dalam bentuk masa
1 hari = 24 jam
1 minggu = 168 jam
1 tahun = 8,736 jam(52 minggu)
60 tahun = 8736 jam X 60 = 524,160 jam.

TIDUR BELAJAR MAKAN LAIN-LAIN
1 hari 7 jam 8 jam 1 jam 8 jam
1 tahun 52 X 7 X 7 52 X 7 X 8 52 X 7 X 1 52 X 7 X 8
=2548 jam =2912 jam = 364 jam =2912 jam
Peratus 29.17 % 33.3 % 4.1 % 33.3 %
60 tahun 17.5 tahun 19.9 tahun 2.5 tahun 19.9 tahun

ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN MASA DENGAN BETUL???

3. Jadual pengurusan masa.

Masa Aktiviti harian.
5.00 - 6.00 pagi : Bangun, mandi, sembahyang.
6.00 - 6.30 pagi : Sarapan, ulangkaji.
7.00 - 1.30 t/hari : Belajar di sekolah.
2.00 - 4.00 petang : Kerja rumah, baca akhbar/majalah.
4.00 - 6.00 petang : Berbincang, bermain.
6.00 - 8.00 malam : Rehat, makan, sembahyang.
8.00 - 10.30 malam : Menonton berita, belajar,ulangkaji.
11.00 malam : Tidur.

4. Pelan tindakan harian.

DO IT NOW!!!
Perkara untuk dilaksanakan hari ini:


“Time is the searcest recource. If it is not managed, nothing else can be properly managed.”
5. Teknik-teknik pengurusan masa.
1. Rancangkan masa anda.
2. Beri penumpuan.
3. Jangan bersikap perfectionist.
4. Jangan jadi Pak Sanggup.
5. Jangan menangguhkan kerja.
6. Buangkan sikap runsingkan perkara yang lepas.
7. Tentukan kerja yang terpenting.
8. Berehatlah bila perlu.

6. Kenapa kita perlu menguruskan masa.
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara:
a. Masa muda sebelum tua.
b. Masa sihat sebelum sakit.
c. Masa kaya sebelum miskin.
d. Masa lapang sebelum sibuk.
e. Masa hidup sebelum mati. (Hadis riwayat Baihaqi)

7. Saat kehidupan.
Hidup ini ada tiga saat sahaja:
- Saat yang telah berlalu.
- Saat yang sedang ditempuhi.
- Saat yang akan datang.
Justeru itu, jadikan:
- Saat yang telah berlalu sebagai sempadan dan teladan.
-Saat yang sedang ditempuhi sebagai tangga usaha.
-Saat yang akan datang sebagai perancangan kejayaan.
Sehari hanya ada tiga waktu sahaja:
- 1/3 waktu untuk usaha keduniaan.
- 1/3 waktu untuk berehat.
- 1/3 waktu untuk ibadah khusus.



8. Kesimpulan.
Orang yang berjaya dalam apa jua bidang sememangnya mempunyai rahsia mengurus masa dengan cemerlang. Dalam dunia yang luas ini, manusia dapat memanfaatkan masa yang hanya 24 jam satu hari itu dengan menguruskan masa secara terbaik. Justeru, tidak hairanlah jika pada pagi ini kita minum teh di Tokyo, makan tengah hari di Sarajevo dan makan malam di Montecarlo.

Renungan: Masa itu seperti pedang yang tajam. Jika kita gagal menggunakannya,
ia akan memotong kepala kita. (Pepatah Arah)


Sekian daripada: Cikgu Yasmin Hashim,
SMK (A) Dato’ Ismail,