Sumber : Al_Quran (disunting oleh KeARAH)
Firman Allah SWT :
Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, 'Tuhanku telah memuliakanku.' Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku," Sekali-kali tidak, bahkan kamu tidak memuliakan anak-anak yatim." (Surah al-Fajr 15 hingga 17)
Huraian
Sesungguhnya hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Berdasarkan dalil dari ayat 15 hingga 17 surah al-Fajr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu bukan bermakna Allah SWT telah memberikan kemuliaan. Setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu bukan bererti Allah SWT telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Perkara yang sangat penting ialah bersabar dan selalu bermuhasabahlah kepada Allah SWT kerana setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Apatah lagi setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah orang yang paling berat cubaanya?" Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaanya ialah para Nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar amahnya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekiranya agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi di masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya (riwayat Tirmizi)
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabaran, ketahuilah ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.
Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Ia juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Iman Ghazali menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub , "Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum di ditimpa bala, rela dan bersabar."
Selain bersabar, berdoa juga amat digalakkan kerana adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Daa' Wad Dawaa', "Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang".
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib r.a, sabda Rasulullah SAW, "Doa adalah senjata orang mumin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi."
Akhirnya sekali, cuba dengar dan hayatilah sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang mendatang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah SAW: "Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya (dosa-dosanya) sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
Percayalah sesungguhnya Allah menyayangi kita semua..wallahhualam..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari insan yang lemah ini..
Tetiba je keluar tajuk nieh...saje je...bila nak tukar sekolah nie..teringat lak tajuk nie..iele..seseorang insan tu...tidak akan selama-lamanya kekal diatas muka bumi ini..satu hari dan ketika kita akan dipanggil untuk menghadap ALLAh jua akhirnya...begitu juga dengan kehidupan manusia di bumi yang fana ini..akan ada perubahannya..berdasarkan takdir yang ditulis oleh ALLAH....so fenomena tukar2 sekolah or tempat kerja tu biase le..ada orang jenis tak kisah nak keje pada satu-satu tempat dalam tempoh yang lama...dan ada juga jenis yang tak boleh kekal pada satu-satu tempat kerja sahaja..so untuk diriku..rasanya dah lama duk kat sekolah tu lebih kurang 8 tahun..kira lama gak le tu...mungkin dah sampai masanya untuk berubah tempat kerja bagi mendapat..motivasi baru kut...so kerja2 yang bakal ditinggalkan..mesti le ada orang yang akan menggantikan...iaitu CIKGU DATA aahhh..memang fobia dengan ayat DATA..dah lebih 7 tahun..duk mengadap benda tu..ramai kawan2 mungkin mendoakan hehehe..tah le..harap tak la..depa cakap aku akan dapat jawatan tu juga nanti..alamak minta dijauhkan..dah aku tak kan ambik le..minta maaf ada cerita duka..disebalik data tu..kerja buat data ni memerlukan sokongan pihak atasan tak kisah le cikgu nak jadi pembuat data tetapi..persoalan utamanya cikgu-cikgu data ini memerlukan sokongan dari pihak atasan yang menguruskan data..sokongan yang macam mana???..contohnya kalau timbul masalah tentang data dan ada orang yang mempertikaikannya..mereka kena le backing cikgu-cikgu data nie....takut-takut ada yang kecewa..dengan cara pengurusan mereka...semoga penganti aku nanti mungkin akan buat lebih baik..lagi..mungkin dah lama duk terlibat ngan data so macam2 rasa yang timbul..sesungguhnya manusia nie banyak kelemahannya..mungkin dah sampai masanya aku mengundur diri..kalau duk tunggu buat pun..banyak je kesilapan dan kesalahan yang dilakukkan dan ianya merugikan guru-guru semua..jadi minta maaf sekiranya ada yang membaca coretan aku dan terasa hati..bukan nak komen..kerja buat orang..cuma sebagai luahan rasa hati..dan perpindahan sekolah nie pun bukan kerana DATA..tetapi dah sampai masa untuk aku merasai tempat kerja dan benda yang baru insyallah.....sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini yang sentiasa lemah dan berkeluh-kesah...semoga ALLAH mengampuni..niat diri ini samada baik ataupun buruk wallahualam..Amin!!!..
Diam tak diam SPM..telah pun bermula pada 23/11/1010...rasanya baru je lepas jaga peksa..sekarang nie kena jaga balik..begitulah masa..cepat datang dan pergi..seperti biasa..ganti orang juga la jaga peksa nie...ok la tak jauh sangat pun..syed Ahmad je..dah lama tak berN3..teringin gak tapi asyik busy je memanjang..sekarang nie sambil2 duk tunggu anak tusyen..tulis le sikit..Best la bila guna broadband kat Jitra nieh..memang laju!!!..upload pic pun tak sampai seminit pun...
Sambil duk melayan si kecik nieh..duk tengah boring tunggu abang ngan kakak habih kelas..orang tak bagi ikut nak ikut....
Alahmdulillah petang nie berkesempatan membuat roti yang paling simple. Resipi nie di ambil dari kak ani..beliau memang mahir dalam bidang masak memasak ni..nama roti nie simple sebab resepi nya simple dan mudah untuk membuatnya..lepas menguli boleh terus dibakar. ok kat bawah nie ada beberapa gambar untuk proses membuat roti tersebut..
Ulian yang pertama selepas adunan dibiarkan lebih kurang 1 jam adunan akan dibiarkan lebih kurang 45 minit untuk menjadikan ianya kembang lebih kurang sekali ganda lihat gambar dibawah..
Close up sikit!!.. Baru keluar dari oven..time nie memang sedap!!!!..panas2 lagi nieh....
Assalamualaikum.jumpa lagi..ok N3 kali ni saya akan menunjukkan cara-cara untuk membuat kek lapis..indah sari 2010 (saje je letak nama tu)..ok mula-mula sekali kita tengok resepinya dulu..
RESEPI KEK LAPIS INDAH SARI 2010
Bahan A
12 Biji kuning telur (basuh dulu ye..)
8 biji telur (maksudnya ambik dua2 putih dan kuning..jadi jumlah telur semuanya 8 + 12 = 20 biji)
250 g tepung
300 g gula halus
1 camca besar ovalette
45 g santan / susu tepung
Bahan B
400 g mentega
90 g susu pekat manis
Cara-cara
Menyediakan adunan A
1. Campur telur, gula dan ovalette
2. Ayak tepung
3 Masukkan tepung
4. Pukul perlahan-lahan menggunakan pemutar (whisk)
5.Ratakan adunan dengan spatula supaya adunan sebati kemudia pukul dengan kelajuan paling tinggi hingga 5 minit
6. Adunan menjadi licin, terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan mengembangan sekali ganda daripada asal
7.Peringkat kedua adunan menjadi kuning cair, kemudian menjadi gebu dan pucat
8. Peringkat ketiga adunan menjadi putih dan berkrim, apabila diangkat pemutar, adunan kelihatan ketal dan gebu, dan ianya siap.
Menyediakan Adunan B
1. Campurkan semua bahan B
2. Mulakan dengan memukul adunan menggunakan kelajuan perlahahan untuk meratakannya. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar warna.
3. Masukkan adunan B ke dalam adunan A dan gaul rata, mesti digaul dengan spatula (boleh didapati di kedai-kedai kek), dan adunan siap untuk dibahagikan
Adunan yang telah dibahagikan kepada warna masing2, selalunya saya menggunakan warna merah+paste strawberi, kuning + paste oren dan hijau + paste pandan..ok kita close up sikit tengok kat bawah..
Ok sekarang boleh la mula melapis..proses yang pertama saya letakkan warna kuning dahulu..ikut kreativiti masing-masing le ye..lapis yang pertama memerlukan apis atas dan bawah..manakala lapis yang seterusnya hanya memerlukan api atas sahaja..sebenarnya oven yang saya gunakan hanya oven biasa sahaja tak dak jenama pun yang penting ada api atas dan bawah..ok jom kita tengok macam mana rupa oven tu..
Ok ni dia ovennya..ok seterunsya kita tengok lapisan yang seterusnya..
Ratakan keseluruh bahagian..
Selepas siap di bakar kek perlu ditekan dengan alat di atas supaya kek menjadi lebih padat..
ok lah kita tengok pulak kek yang telah siap di bakar...(Ok la..lembab le pulak nak upload pic..kita sambung esok pulak ye!!..selamat malam!!!!)
Assalamualaikum..dah lama tak online..hari ni baru berkesempatan..so..kali ini nak persembahkan biskut dan kek homemade punya...seperti biasa..tiap2 tahun memang tak pernah beli pun biskut raya...sebab rasanya tak susah nak buat biskut nieh...cuma kena try and errorlah...dan mesti buat banyak kali ..ingat lagi first time buat biskut raya nie...masa form 5..so masa tu ada yang bila baling kat dinding surenya dinding yang pecah tapi biskut duk macam tu juga...jadilah makanan cik yam dan cik nah...tapi tak serik juga...bila tengok je resepi2 yang macam2 perasaan nak mencuba tu memang berkobar-kobar...dan dah hampir berbelas-belas tahun...bila tengok adunan je dah tau..sama ada keras ataupun lembut...alhamadulillah anugerah dariNYA.....lagipun bila beli bisktu nieh...rasa macam rugila pulak...sebab duk tengok kengkawan duk beli...sampai mencecah dua tiga ratus le...tapi biskut nya tak le banyak sangat...berbanding kalau kita buat sendiri modalnya memang tak seberapa...tapi leh dapat banyak...buatnya tak lama pun....dalam dua jam tu ...dah boleh satu jenis...kiranya tak mengganggu pun ibadah puasa kita...pandai2 le budget masa...tapi aku buat bukannya banyak jenis pung....kiranya yang disukai oleh anak-anak je...jom kita jamu mata dulu...
Berikut adalah merupakan kelebihan Solat Terawih dari Malam Pertama hingga Malam Ketiga puluh :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. 30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar
MENGUBAH ADAT PUASA MENJADI IBADAT PUASA (Dipetik dari : Risalah HALUAN)
“Ramadhan, bulan rahmat, bulan pengampunan dan penebusan dari api neraka!”. Masih terngiang ngiang tazkirah itu ditelinga kita. Tapi dapatkah kita menjiwai amalan bulan istimewa ini dalam bentuknya yang asal, dalam bentuk ibadah yang sebenar. Berlaku perasaan taqarrub yang mendalam dan wujud perubahan akhlak diri yang semakin positif dan berkesan? Sewaktu kecil dulu, ibu mengejut untuk bersahur sebelum subuh, ayah sentiasa ajar untuk berniat puasa esok hari selepas bersahur. Ketika waktu berbuka emak sering berpesan untuk berbuka dengan kurma dengan bilangan witir. Ketika itu kita turut semata tanpa faham dan mengerti hakikat apa-apa. Apabila bermula ramadan jiran dan rakan-rakan di sekeliling sibuk bicara mengenai tawaran jualan dan sambutan hari raya. Radio asyik bergema dengan lagu raya. Masuk separuh ramadan emak dan kakak pula sibuk membuat kueh, buat baju baru sejak dari pagi sehingga larut malam. Inilah gambaran adat amalan sepanjang bulan puasa dalam keluarga dan masyarakat kita dahulu kala. Persoalannya dapatkah kita menghayati dan merasa nikmat taqwa dengan tradisi berpuasa sedemikian rupa? Sebagaimana firman Allah;” La’allakum tattaqunn”: semoga kamu bertaqwa? Atau apakah mungkin adat-adat tadi itu dapat diubah menjadi ‘ibadat’ dengan cara yang lebih afdhal dan baik lagi. InsyaAllah dengan cara itu akan mengangkat kekuatan ketaqwaan umat Islam setelah berpuasa? Supaya ‘adat puasa’ berubah menjadi ‘ibadat puasa’ maka pemahaman berpuasa yang silap perlu diperbetul kembali. Agar:
1. Yang adatnya, puasa hanya baru bermula, tetapi perayaan hari raya yang di warwarkan. Kesannya suasana Ramadan ditenggelam tidak menjadi matlamat utama untuk menghayati amaliyah yang disediakan Allah swt. Oleh kerana itu marilah kita ubah adat ini menjadi ibadat dengan mewujudkan suasana beribadah, taqarrub dan berlumba lumba merebut tawaran dari Allah dengan membanyakkan membaca dan tadarrus Al Quran sekaligus memahami erti yang terkandung dalamnya, bersedekah, bertarawih dan rajin melaksanakan sunat nawafil.
2. Yang adatnya , bila berpuasa, perut kita kosong, puasa membuat kita lapar, bila diusik, marah mudah naik ke muka. Bila di kata, di nesta, hati mendidih dan tangan rasa hendak melayang. Marilah kita tukarkan adat ini dengan menyabarkan diri, redakan rasa marah dengan berkata kepada diri :” Sesungguhnya aku berpuasa, sesunguhnya aku berpuasa”, apabila ada orang cuba menjolok rasa. Pupuklah rasa ukhuwah walaupun pada mulanya dengan rasa terpaksa. Jadikanlah bulan Ramadan sebagai bulan rekonsiliasi dan bulan keamanan dan mahabbah kasih sayang. Buang yang keruh ambil yang jernih.
3. Yang adatnya, siang hari, apabila berpuasa, badan rasa letih, tidak bermaya terutama menjelang tengahari dan petang, mata pun mengantuk dan terus tidur sepanjang hari atau jiwa merasa lesu. Untuk atasi masalah ini, ramai memilih untuk melepak di TV. Marilah kita tukarkan adat ini dengan bertadarrus Al Quran, membaca, mengkaji dan menghayati Sirah nabawiah, meningkatkan ilmu dengan mengikuti kuliah agama dan membina kemahiran diri. Gunakanlah masa yang terluang untuk muhasabah prestasi diri dengan Allah swt.
4. Yang adatnya kita mengutamakan puasa fizikal (tidak makan minum) di siang hari, tetapi apabila tiba waktu berbuka, juadah dan hidangan sepenuh meja. Kita makan semahu mahunya menjadikannya pesta makan yang melimpah ruah. Badan menjadi letih dan lesu kerana penat menyediakan makanan dan kenyang selepas makan. Marilah kita tukarkan adat ini kepada ibadah dan ‘tarbiah ruhiyah’ dengan melatih jiwa dan mendidik nafsu (makan dan syahwat batiniah). Makanlah berpada- pada dan simpanlah tenaga untuk beribadah tarawih dan nawafil di malam hari.
5. Yang adatnya, dalam bulan puasa kita tidak rasa perubahan ketara dalam kelakuan harian, dosa dosa kecil kita buat tanpa disedari kerana terbiasa. Marilah kita tukarkan adat kebiasaan melakukan dosa kecil dengan menyedarkan dan menyemak kembali diri kita dan tinggalkanlah kelakuan buruk itu untuk mendapat pahala dan keredaan Allah.
6. Yang adatnya semasa awal ramadhan surau dan masjid penuh dengan orang tua dan muda. Sayangnya semakin hari jamaahnya semakin kurang. Orang tua sahaja yang tetap setia. Marilah kita tukarkan adat ini kepada ibadah dengan memastikan setiap kita tua dan muda mengimarahkan surau dan masjid untuk menunaikan solah tarawih tanpa gagal sehingga ramadan berakhir.
7. Yang adatnya bermula pertengahan bulan ramadhan sehingga keakhirnya, ramai sibuk membuat persiapan Hari Raya , membeli belah, membuat kueh raya pelbagai warna dan rasa, bunyi mercun berdentum, percikan bunga api pancawarna menyinari laman rumah hingga mengalahkan rumah Tionghua. Surau dan masjid menjadi lesu. Marilah kita tukarkan adat ini dengan menyibukkan diri , melipat gandakan ibadah di sepuluh hari terakhir Ramadan untuk merebut ‘Malam Lailatul Qadar’, malam yang lebih baik dari seribu bulan, Seribu bulan? Berapa tahun kah itu?.Sampaikah umur kita sehingga mencecah 83 tahun? Rebutlah ganjaran ini!!
8. Yang adatnya kita teramatlah gembira apabila menjelang raya, maklumlah hendak ‘merdeka’ dari bermacam macam larangan yang ‘menyiksakan’ jiwa, merancang pesta hiburan yang hebat, halal dan haram di baur demi sambut raya, roh ramadhan lenyap sekelip mata. Marilah kita tukarkan adat ini dengan menyisip dan menitip rasa kesedihan, kepiluan kerana perpisahan dengan bulan rahmat dan maghfirah. Teguhkan doa dan pengharapan agar tahun depan berjumpa lagi denganya. Maka Syawal disambut dengan rasa penuh kesyukuran kerana menang trofi Ramadan. 9. Syukur kerana ‘berjaya’ mengekang nafsu dan shawat dan kembalilah ke bulan syawal dengan fitrah insaniah yang suci dan bersih. Bertekad mengekal kesucian ini dengan menjaga batas halal dan haram dalam menempuhi kehidupan di hari-hari yang mendatang. Selamat menyambut Ramadan dan sama sama merebut rahmat dan maghfirahnya!
Friday, July 30, 2010
Assalamualaikum..sebenarnya sudah lama saya tidak berN3...niat tu ada tetapi disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan so niat tersebut terpaksa lah ditangguhkan sebentar...sebenarnya N3 ini adalah berkaitan dengan kedatangan bulan Ramadhan ...Diam tak diam tinggal lebih kurang 10 hari lagi kita akan menyambut bulan yang mulia dan penuh barakah ini...jadi sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini...sempat saya copy artikel yang diterbitkan oleh Badan Kakitangan Kebajikan Islam NPC..semoga artikel ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca sekalian...
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya kita
telah dipanjangkan umur untuk sekali lagi dapat menyambut Ramadhan Al
Mubarak. Bulan Ramadhan adalah bulan penting untuk umat islam, bulan umat
islam menjalani ibadah puasa, bulan kita di beri peluang oleh Allah SWT untuk
menyuci diri dari dosa dan noda dan bulan untuk menambah amal kebajikan
untuk mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda
Untuk mengambil peluang menjalani ibadah puasa Ramadhan dan mendapatkan
barakah dalam bulan Ramadhan ini seharusnya kita mepersiapkan diri dangan
sewajarnya. Persiapan mental, fizikal di tambah dengan roh keimanan adalah
persiapan yang sebaiknya. Contoh tanda aras persiapan Ramadhan orang –
orang yang soleh adalah mereka biasa melakukan persiapan seawal mungkin
sebelum datang Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya
sejak bulan Rajab dan Sya'ban. Ini dapat dilihat dari doa mereka, "Ya Allah
berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta
sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
RAMADHAN: BULAN TAWARAN MEGA SPESIAL DARIPADA ALLAH SWT
Allah SWT yang maha Pemurah lagi maha Penyayang telah dengan murah
hatinya melontarkan tawaran mega spesial kepada kita umat Islam. Di dalam
tawaran mega spesial ini pelbagai hadiah, insentif dan habuan yang menarik
serta lumayan yang tiada tandingannya di muka bumi ini disediakan untuk di
rebut. Tawaran mega spesial ini di buka selama satu bulan sepanjang bulan
Ramadhan, bulan di mana amal ibadah di beri ganjaran pahala gandaan seribu
bulan. Di bawah skim tawaran yang sudah mega itu di selit lagi dengan sub
tawaran yang lebih mega untuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan, Malam
Lailatul Qadar. Allah menjemput kita untuk merebut tawaran ini sebagai
tamuNya, mendekatkan diri kepadaNya dengan nisbah sedikit tambahan dalam
amal ibadah di bulan ini akan di beri ganjaran dalam nisbah seribu kali ganda.
Tawaran ini boleh di analogikan sebagai jemputan kenduri illahi (divine feast).
Kita di jemput ke kenduri Illahi ini sebagai tetamu Allah untuk mendapat
perlindungan, keampunan dan kerahmatan daripadaNya. Tawaran mega ini
adalah bukti betapa Allah menyanyangi kita dan mahukan kita mendekatkan diri
kita kepadaNya, mengingati kita dan mahukan kita mengingatiNya, bersedia
menolong kita dengan syarat kita memohon pertolongan daripadaNya bukan
selain daripadaNya. Allh SWT mahu kita membersihkan diri daripada dosa dan
noda sebagai bekalan untuk kembali kepadaNya. Jemputan untuk bertamu
sebagai tetamu Allah ke kenduri Illahi anjuran dan tajaan Allah ini perlu direbut
sebanyak mungkin. Rugilah kita kalau tidak merebut peluang ini. Peluang yang
hanya datang setahun sekali. Menyahut jemputan ini perlulah dengan persiapan
yang sewajarnya. Setiap orang beriman adalah tetamu VVIP. Sebagai tetamu
VVIP kita pastinya menyambut dan memenuhi jemputan ini dengan hati yang
senang, gembira, girang dan penuh iltizam untuk memberikan yang terbaik
sebagai tamu yang di muliakan.
CADANGAN BEKALAN YANG PERLU DALAM MENGISI RAMADHAN
Ramadhan dijelaskan oleh Rasulullah saw sebagai syahrul azhim mubarak, yakni bulan yang sangat agung dan berlimpah keberkahan serta kebaikan. Bulan yang pada sepuluh hari pertamanya tercurah rahmat,sepuluh hari keduanya berlimpah maghfirah (ampunan) dan sepuluh hari terakhirnya pembebasan dari api neraka.
Masih banyak lagi keutamaan yang menghampar di bulan Ramadhan. Tapi semua itu tidak mungkin dapt diraih tanpa ada persiapan-persiapan yang serius. Di sinilah peranan para dai, ustaz, ulama dan organisasi Islam sangat diperlukan untuk menggerakkan tau'iyah Ramadhan, yakni memberi panduan dan kesedaran kepada masyarakat tentang Ramadhan dengan segala keutamaannya serta bagaimana menyikapi dan mengisinya. Keperluan untuk memberi panduan dan kesedaran Ramadhan bukan hanya menjelang Ramadhan tetapi harus dilakukan seawal mungkin agar nantinya ketika masuk pada bulan Ramadhan masyarakat sudah faham bagaimana mengisi Ramadhan dengan kesedaran dan kefahaman yang tinggi, sehingga mereka dapat memberi tumpuan kepada ibadah di bulan Ramadhan ini seoptimum mungkin
Betapa pentingnya pembekalan mengisi bulan Ramadhan ini dapat di lihat senarionya di zaman Rasulullah. Para sahabat Rasulullah yang keimanannya sudah mantap, masih lagi diberi taujihat (pengarahanpengarahan) oleh beliau ketika akan memasuki Ramadhan. Inikan pula kita yang keimanan jauh dari taraf sahabat – sahabat di zaman Rasulullah
Bekal Utama
Secara pribadi, setiap muslim wajib membekali dirinya dengan persiapan optimum yang berkaitan dengan ibadah Ramadhan agar secara internal bersedia memasuki bulan Ramadhan. Ada dua persiapan penting yang harus dilakukan dalam rangka tau'iyah Ramadhan, yakni mempersiapkan pribadi setiap muslim (i'dadun nafsi) mempersiapan bi'ah (persekitaran) yang kondusif.
Persiapan pribadi itu terdiri dari lima hal.
Pertama, I'dad Ruhi Imani, yakni
persiapan ruh keimanan. Orang – orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datang Ramadhan. Bahkanmereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rejab dan Sya'ban. Ini dapat dilihat dari doa mereka, "Ya Allah berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan."
Dalam rangka persiapan ruh keimanan itu, dalam surah At-Taubah Allah melarang kita melakukan berbagai maksiat dan kezaliman sejak bulan Rajab. Tapi bukan bererti di bulan lain dibolehkan. Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rejab iman kita sudah meningkat. Boleh dikiaskan,bulan Rejab dan Sya'ban adalah masa pemanasan (warming up) sehingga ketika mula start memasuki Ramadhan kita sudah boleh meluncur seperti biasa
Kedua, adalah I'dad Jasadi, yakni persiapan fizikal. Untuk memasuki Ramadhan secara fizikal, kita perlukan tahap kesihatan yang lebih baik dari biasanya. Sebab, jika fizikal lemah, kemuliaan-kemuliaan yang dilimpahkan Allah di bulan Ramadhan memungkinkan kita tidak dapat meraihnya secara optimum. Makanya, pada bulan Rajab Rasulullah dan para sahabat membiasakan diri melatih fizikal dan mental dengan melakukan puasa sunnah, banyak berinteraksi dengan al-Qur'an, biasa bangun malam (qiyamul-lail) dan meningkatkan urusan mengambil tahu dan mengambil berat ehwal masyarakat.
Ketiga, adalah I'dad Maliyah, yakni persiapan harta. Jangan salah faham,persiapan harta bukan untuk membeli keperluan logistik buka puasa atau kuih-muih lebaran sebagaimana yang menjadi tradisi kita selama ini, tapi untuk melipatgandakan sedekah, karena Ramadhan merupakan bulan membanyakkan sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibanding bulan biasa.
Keempat, adalah I'dad Fikri wa Ilmi, yakni persiapan fikiran dan ilmu. Agar ibadah Ramadhan dapat di optimumkan diperlukan bekal wawasan dan tashawur (persepsi) yang benar tentang Ramadhan. Caranya dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan yang boleh membimbing kita beribadah Ramadhan dengan sempurna sesuai tuntutan Rasulullah. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa
yang berkait dengannya, menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa dan lain-lain juga penting dilakukan.
Selain persiapan-persiapan individu tersebut, persiapan sosial juga sangat penting dalam mewujudkan Ramadhan yang sempurna, kerana betapapun semangatnya seseorang itu menyambut Ramadhan, tetapi kalau persekitarannya tidak selari dengannya seperti jika dia berada di tengah masyarakat yang mengambil enteng puasa, maka peribadi
tersebut akan terkena juga pengaruh dan godaannya.
Pengkondisian persekitaran itu perlu dilakukan di mana saja. Di rumah misalnya, sebaiknya memberi semangat anak-anak dengan nasihat tentang puasa, dibelikan kain sejadah atau mushaf Al-Quran yang baru. Di persekitaran luar dipasang berbagai publisiti seperti spanduk, sticker,brosur dsb untuk mengingatkan masyarakat tentang Ramadhan dan keutamaannya.
Tak kurang pentingnya, masjid dan mushalla hendaknya dihias lebih indah, bersih dan nyaman. Sehingga, orang yang berada di dalamnya merasa lebih selesa, tenteram serta merasai suasana ramadhan. Begitu juga dengan kegiatannya harus beraneka-ragam dan bersepadu. Jangan cuma tarawih dan buka puasa bersama (ifthar jama'i) saja tapi buat
halaqah Qur'an, tadarus bersama, kajian tafsir dan fiqih dan lain-lain. Laksanakan program sebanyak-mungkin supaya masyarakat boleh menyerap ke dalam warna Islami agar ia berkesinambungan juga diluar bulan Ramadhan.
Puasa yang Berjaya
Ibadah Ramadhan yang berjaya dan terbaik adalah yang berhasil meraih ketaqwaan dan boleh mempertahankannya untuk selama sebelas bulan berikutnya. Untuk mencapai kejayaan ini ada beberapa hal yang harus dilakukan.
Pertama, meningkatkan kualiti puasa yang tidak hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga melatih jiwa untuk boleh berfikir dan berperilaku hidup Islami.
Kedua, meningkatkan interaksi dengan al-Qur'an. Inilah hikmahnya Al-Qur'an diturunkan pada bulan Ramadhan agar kita mengambil iktibar untuk melelebihkan intensiti membaca, memahami dan mengikuti tuntutan Al Quran . Mustahil orang akan bertaqwa kalau tidak mengkaji Al-Qur'an. Ketiga, memperhatikan aturan-aturan Allah dan tidak dilanggar agar terbentuk kedisiplinan diri untuk tidak menyeleweng dari garis ketentuan Allah.
Keempat, beri'tikaf di masjid pada 10 hari terakhir yang menandakan dekatnya hubungan kita dengan Allah karena selalu berada di dalam masjid, dengan jalan zikir, ibadah dan tafakur.·
10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA
1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith
2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan
3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,
Renungi dan Bersyukurlah
-
Assalamualaikum wbt... InsyaAllah dikesempatan kali ini saya ingin mengajak
para pembaca dan diri sendiri untuk sama-sama kita bermuhasabah serta
mengkorek...
Islam Sebagai Ideologi Negara
-
*Arti dan definisi Ideologi*
Muhammad Muhammad Ismail, mendifinisikan ideologi adalah Al-Fikru al-asasi
al-ladzi hubna Qablahu Fikrun Akhar, pemikiran me...
Edublogger Meetup #2
-
Assalamualaikum.. Sememangnya satu ketentuan Ilahi bila saya terjebak
bersama para edublogger seMalaysia. Dan bermula dari sini saya mendapat
semangat dan ...
Resep Ayam Goreng Kremes
-
*Ayam Goreng Kremes* - Sesungguhnya ramai di antara kita adalah hobi makan
makanan ringan dan makan di luar. Ya, ini kadang-kadang diperlukan sebagai
satu ...
Jika seorang hamba menyedari bahawa dirinya adalah milik Allah S.W.T dan akan kembali kepada-Nya maka dia akan terhibur takkala tertimpa musibah.Sesungguhnya kesudahan dan tempat kembali seorang hamba adalah kepada Allah pemilik yang Haq.
2.0
-
{ رَبِّ هَبۡ لِی مِنَ ٱلصَّـٰلِحِینَ }
Maksudnya: " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari
orang-orang yang soleh".
[Surah al-Saff...
RESIPI KEK PAUN OREN
-
Assalammualaikum, salam sejahtera semua. Alhamdulillah, masih diberi
sedikit kerajinan untuk che mat kemas kini blog tiffinbiru ini, walaupun
ini entri p...
DRUMSTIK AYAM OATS SOS CHIMICHURRI
-
*DRUMSTIK AYAM OATS SOS CHIMICHURRI*
By Kak Wan @ Wan Resipi
*BAHAN-BAHAN:*
6 ketul Paha Ayam (Drumstik)
2 sudu besar Bawang Putih cincang
2 sudu besar Mi...
Pineapple Tart @ Tart Nenas With Homemade Jam
-
Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil
ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak
memberi mu...
SAGO GULA MELAKA
-
Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan
masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet
dessert. P...
Kelas Untuk Bulan February
-
Korean Flower Buttercream ~ New Buttercream
Di Johor Bahru 25 th Febuary 2017
Tempat : Masam Manis Cake Salon , Austin Perdana, Johor Bahru, Johor
Tarikh :...
-
ASSALAMUALAIKUM,
KELAS DAN ORDER DAH TUTUP MULAI NOV 2016 LAGI JADI TIADA SEBARANG KELAS
AKAN DIADAKAN LAGI SEBAB AKAK DAH BERPINDAH LUAR KL.
AKAK HALALKAN...
-
As-Salam semua. Maaf kerana dah lama 'hilang' dalam dunia blogging. Rasanya
sejak FB dah menjadi perhatian umum dewasa ni, blog-blog dah mula mengambil
bac...
Salam aidilfitri 2015
-
Assalamualaikum..
Haaachuuw!
Punya banyak debuuu..blog sapaaa la ni..
Hari ni dah Ahad...02.08.2015 tak semena2 saya update blog...sapa laa yg
bising2 H...
Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
-
BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum...Jumaat yang mulia, semoga kita diberi banyak kelapangan
untuk melakukan yang baik-baik dan indah-indah dalam hi...
Notis Perpindahan..Ke Rumah Baru
-
Assalamualaikum Akak kembali lagi tapi kali ini dengan perkhabaran bahawa
blog ini perlu Akak tinggalkan kerana terpaksa berpindah ke rumah baru di
sini
...
Gulai Ikan Merah Aroma Ketumbar Ibu Mertuaku
-
Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, Alhamdulillah hari ni
baru ade masa nak taip resepi gulai ikan merah style ibu mertuaku ini, bila
perta...
Siri Blogger Masakan - Nusantara Series
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT yang tersayang. Alhamdulillah,
sepert...
Russian Black & White Chocolate Cake
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... ini adalah kek yang menjadi idaman
dan angan-angan aku ingin mencuba. alhamdulillah terlaksana juga akhirnya.
n...
teRApi
-
Hijau itu ketenangan... Jom cuci mata..
Pakis di sebelah keladi tu tumbuh sendiri, bukan ditanam. Nampak cantik,
jadi saya biarkan ajer tumbuh..
Kaktus...
RED VELVET CAKE
-
Ini kek harijadi Alya pada hampir ke penghujung tahun 2011. Dibuat kerana
nak tahu sangat apa sebenarnya keistimewaan kek ini sehingga menjadi buah
mulut. ...
-
BITTERBALLEN NASI
Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Ayu di FRD, resipi asal adalah
dari Majalan Sedap.
Mengikut kata Ayu, “Rasanya memang sedap s...