RSS

Saturday, December 31, 2011

Salam Tahun Baru


Dah lama tak berN3..rasa-rasanya ini lah N3 yang pertama  untuk tahun baru 2012...Salam tahun baru untuk semua...Banyak perisitiwa yang telah berlaku, sepajang tahun 20112..ada peristiwa gembira dan tak kurang juga yang peristiwa sedih....Apa-apa pun teimalah semua yang telah berlaku dengan berlapang dada...Semoga tahun 2012 ini akan membawa sinar baru Insyaallah..

Sunday, September 4, 2011

Koleksi Biskut Raya

BISKUT SAMPERIT

Biskut  Samperit
Biskut yang paling banyak buat ialah biskut samperit, memang menjadi kegemaran satu family, tak dan beberapa hari dah habih 1 balang..Jom kita tengok resepinya. Sorry sebab dah lama tak berN3 tak sempat banyak sangat program kat sekolah, tak tau nak mula dari mana..apa-apa pun tunggu la lepas nie kita tengok tart blue berry pulak ye!!
Bahan-bahan
250 gram mentega
90 gram gula aising
100 gram tepung kastad
100 gram tepung jagung
200 gram tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
ceri merah / hijau secukupnya

Cara-cara
  • Pukul gula dan mentega, masukkan kuning telur gaul sebati
  • Masukkan ketiga-tiga jenis tepung dan di kacau sehingga sebati
  • Bila dah sebati boleh la diambil sedikit dan ditekan ke dalam acuan samperit
  • Bakar dengan suhu lebih kurang 200 C untuk oven gas jenama zanussi, memang cantik guna oven ni..memang turun temurun duk guan oven jenis ni..kalau ada masa nanti saya snapp picnya



Tart Blueberry 


Sunday, August 21, 2011

Puding Koktail Berkuah


N3...yang tertangguh, sila-sila menjamu mata..kalau nak buat pun boleh juga silakan!!
 
Bahan-bahan puding jagung
Resepi: F&N@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.(tambah sesudu 

    mentega)
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Bahan-bahan Kuah Puding :
Sumber :http://ovenkecil.blogspot.com
  • 2 tin susu cair + baki susu cair dari adunan di atas
  • 2 tin besar fruit cocktail (tapis untuk mengasingkan buah-buahan dengan sirapnya)
  • 400 ml air masak
  • 10 Tbsp gula pasir
  • 1 tsp garam halus

Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali buah-buahan koktail.
  2. Masak di atas api sehingga gula larut dan tutup api.
  3. Sejukkan kuah di dalam peti ais.


 
 Puding Jagung

Selalunya orang letak puding kastad tapi saya letak puding jagung..ok juga la not bad!!

Monday, July 25, 2011

KESUNGGUHAN MELAHIRKAN KECINTAAN



Kesungguhan suatu yang akan memberikan kejayaan, tanpa kesungguhan kejayaan mungkin sukar untuk dicapai, namun kesungguhan mungkin akan menyebabkan penderitaan dirasai oleh seseorang atau mungkin orang lain beranggapan orang yang bersungguh-sungguh akan melalui penderitaan.  Sebaliknya bagi orang yang bersungguh-sungguh mereka mungkin tidak merasai kesukaran atau penderitaan kerana rasa keinginan yang teramat sangat menyebabkan segala kesukaran dan penderitaan di ambil sebagai suatu cabaran yang perlu diatasi dan lumrah kehidupan bagi mendapatkan apa yang dihajaatkan dan dicita-citakan.

Kesungguhan untuk mendapatkan surga Allah swt, suatu persoalan yang perlu difikirkan oleh semua manusia yang beriman kepada Allah swt.  Namun sejauh mana kita memikirkannya didalam pemikiran adalah suatu persoalan iman yang ada didalam diri kita.  Jika para sahabat begitu yakin terhadap kehidupan akhirat, mereka merasakan soal api neraka adalah suatu yang pasti dan siksaan adalah suatu yang benar dan benar-benar bermain didalam pemikiran mereka.  Rasanya tidak sanggup untuk melaluinya dan cuba untuk menjauhi api neraka itu seperti takutnya kepada sang harimau yang bila-bila masa sahaja akan menerkam untuk membaham mangsanya. Kesediaan segala kekuatan yang ada untuk melarikan diri dari malapetaka yang akan muncul jika tidak bertindak dengan segera.  keyakinan ini tidak dapat di musnahkan didalam perasaan dan menyebabkan lahir penyerahan yang terus kepada Allah swt, pengharapan pertolongan dari Allah swt dan sentiasa berdoa dan memohon rahmat Allah swt untuk menyelamatkan diri ini dari siksaan Allah swt.  Kesungguhan yang ditunjukkan adalah kesungguhan yang tidak berbelah bagi dan seratus peratus pengharapan dan penyerahan kepada Allah swt.

Pengharapan ini akan melahirkan cinta dan kasih sayang.  Cinta dan kasih sayang yang lahir akibat dari kesedaran tentang pemberian Allah swt kepada diri kita begitu banyak sekali, kita sedar betapa Allah swt telah memberikan bagitu banyak hadiah seperti tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahgia, pekerjaan yang baik, rumah dan harta yang memudahkan kehidupan.  Kita sedar Allah swt mampu mengambil semua hadiah pemberiannya dari diri kita.  Allah swt boleh mengambil isteri, suami, anak-anak dan apa sahaja yang kita kata kita punya dan apabila diambil oleh Allah swt kita tidak mampu untuk menghalangnya.  Kita terlalu lemah dan perlu mengharap hanya kepada Allah swt dan selayaknya kita perlu untuk mencintainya dan berharap hanya kepada Allah swt.

Kehidupan ini begitu pantas berlalu, samada kita mahu bermula untuk mencintai Allah swt atau tidak masa tetap berlalu dan masa yang pergi tidak dapat dikejar lagi,  usia semakin bertambah dengan setiap detik yang berlalu namun amal semakin kurang sekiranya perasaan cinta kepada Allah swt tidak dapat menyelubungi kehidupan kita.  Kita semakin kekeringan, kontang dan gersang.  Hanya dengan menghubungkan diri kepada Allah swt hati menjadi lembut dan sentiasa merasaai kasih sayang Allah swt.  Apabila merasai dikasihi barulah jiwa-jiwa itu dapat membalas cinta tersebut dengan hati yang benar-benar berserah dan mengharap kepada Allah swt.  Yang pasti setiap manusia mampu melakukkannya kerana Allah maha adil dan sempurna  telah memberikan perasaan ini kepada semua manusia dan terpulanglah kepada manusia itu mengilap dan menyinari kembali hati agar dapat merasakan kasih sayang Allah swt sehinggakan ia tenteram dan mencari Allah swt didalam kehidupan ini.  Allah hu alam

SUMBER :  Ibrahim Abd Rahman <kalamiar@gmail.com>

Sunday, July 3, 2011

Makan tengah hari part 4

Udang masam manis

Sayur campur bersama-sama dengan sotong

 Daging masak kicap

karot susu  (terlebih rajin sikit)

Jus apple


Sunday, June 12, 2011

Serawa / Pengat Labu


Bahan-bahan

200g labu (dibersihkan dan direbus sehingga empuk )
2 cawan santan pekat
1 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
Daun pandan 
sagu mata ikan 

Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan di atas, tinggalkan sikit santan pekat, kacau selalu supayan santan tidak naik minyak, bila dah mendidih akhir sekali baru masukkan santan pekat , sedia untuk dihidangkan..Selamat mencuba


Wednesday, June 8, 2011

KURMA TELUR

 

Bahan-bahan 

  • 8-10 biji telur direbus
  • *3 bawang merah
  • * 3 bawang putih
  • * 1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci hali dihiris
  • sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih)
  • 5 sudu besar rempah kurma(dibancuh dgn sedikit air)
  • santan secukupnya
  • lobak merah dihiris
  • cili hijau
  • garam dan minyak untuk menumis
  • 3 biji kentang( dipotong 4 dan direbus dulu utk kasi cepat masak)

Cara-cara

  1. mula2 panaskan minyak dan goreng dulu telur rebus sampai kulit dia garing. lepas tu angkat dan ketepikan
  2. guna minyak yg sama, tumis bahan rempah tumis dan bahan hirisan. lepas kekuningan masukkan bahan blend (bahan blend ni bahan yg bertanda *). goreng sampai naik bau.
  3. dah naik bau masukkan rempah kurma. masak hingga keluar minyak.
  4. lepas keluar minyak, boleh la masukkan santan dan kentang. biar sampai mendidih kuahnya. selepas didih kuahnya, masukkan pula cili hijau dan lobak merah. biar hingga sayur masak.
  5. selepas sayur dah agak2 masak,masukkan telur rebus tadi dan jugak garam utk bahan perasa. biar sekejap utk kasi mesra lepas tu boleh la ditutup api dah dihidang bersama nasi. 


    Apam Snow White lagi!!!


    Apam snow white lagi..hehehe..tak tau la memang sedap la..tak tau nak cakap macam mana..ni dalam perancangan nak buat untuk kali ke tiga..Kali kedua ni cuma buat dua warna je ..actually sepatutnya warna putih nama pun snow white..tetapi tak cun la pulak kalau putih je...ok jom kita tengok picnya..resepi dah ada dah kat SINI


    Buat kali nie dia tak berapa nak senyum tak tau la silap kat mana..mungkin masa pemeraman nya kurang kut..cause anak dara tu dah tak sabor2 nak eat dah..asyik duk tanya bila la leh kukus..kesian lak tak sampai hati!!!


    so kali ke tiga nanti ingat nak biar bagi lama sikit baru kukus..masa kali pertama buat tak cakap kat sapa2 cuma masa nak kukus baru la diaorang nampak!!


    Putih ni nampak kelabu sikit ..sebab tangkap pic lepas keluar dari tempat kukus so wap tu terkena dekat lanser camera...yang putih nie anak yang kecik panggil kuih tepung hehehehe..dia minat yang putih je..warna warni dia tak mau...padahal rasa sama je!!

    Friday, June 3, 2011

    Sarapan Apa Hari Ini.

    Nasi goreng cina special


    Cucur bilis + daun selom

    Hari ni sempat snapp pic ni..selalunya duk buat nasi goreng juga dan nasi lemak..tapi malas nak snapp..tetapi sarapan kali ni macam luar biasa sikit..cucur tu memang lain dari yang lain sebab letakkan soda bicarbonate..so dia garing lain..selalunya tak letak atau letakkan baking powder..tetapi yang baking powder dia makan minyak sikit..bila sejuk dah tak sedap..makan panas2 ok la..tetapi yang ni berbeza sikit walaupun sejuk tapi still sedapp...nanti la nak upload resepi..tak dan nak p kenduri..so hari ni gantung kuali kejap!!


    Daun selom




    Resepi Nasi Goreng
    1 labu bawang besar
    3 ulas bawang putih
    segenggam bawang putih
    2 camca minyak jagung
    5 biji cili padi (nak pendas boleh tambah)
    sedikit lada sulah
    sedikit garam
    seikat sayur lobak/sawi

    Cara-cara
    Tumbuk semua bahan2 kemudian tumis bila dah kuning dan naik bau boleh la dimasukkan nasi dan akhir sekali masukkan sayur sawi
    Resepi Cucur 

    1/2 kilo tepung gandum
    segenggam ikan bilis
    seikat daun selom / kucai-- dihiris
    1 biji bawang besar
    3 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula
    1/2 sudu kecil soda bicabonate
    1 cawan air panas
    5 cawan air biasa (agak2 je tak lembut dan tak juga keras)

    Cata-cara
    Bawang dihiris , nak tumbuk pun boleh juga..tumbuk bersama-sama dengan ikan bilis, kemudian gaul semuanya kedalam satu bekas,, kemudian boleh la di goreng sedia untuk dihidangkan , selamat mencuba..Note : tujuan masukkan air panas tu ialah untuk menjadikan cucur tu lembut...




    Wednesday, June 1, 2011

    Apam Snow White

    Apam ni dah buat 3 hari yang lepas hari ni baru boleh upload..busy dengan tusyen kat sekolah..biasa la dah kena ajar kelas peksa so kena la berkorban sikit..tapi cuma minggu pertama cuti je..minggu ke dua boleh enjoy!!..Ok jom kita cita pasai apam ni..memang sedap apam nie..kalau ada 6 bintang memang nak bagi 6 la..Sebenarnya resepi ni dah lama duk cari..Alhamdulillah bila masuk blog hana ..terjumpa la resepi ini..bila makan apam ni ingat masa kecik2 dulu mak selalu duk buat..tetapi resepi mak dia tak masukkan mauripan...dan cara dia habaq macam susah la..sebab kena buat ibu..tu yang rasa m sikit tu...ok jom kita tengok resepinya


    source : Hana

    Bahan-bahan
    • 3 cawan tepung beras
    • 1 cawan tepung gandum
    • 2 cawan gula pasir (kalau tak mau manis boleh kurangkan)
    • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
    • 2 cawan nasi
    • 3 cawan air
    • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
    Cara-cara
    • Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
    • Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
    • Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
    • Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
    • Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
    • Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros dan perasa pandan untuk warna hijau.. so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .










    Sunday, May 29, 2011

    Apam Dot-Dot

    Cuti sekolah datang lagi..tapi kejap je la cuma 2 minggu..Banyak projek nak buat..tetapi sempat yang ini je...bila cuti sibuk dengan kenduri pulak..Minggu ini ingat nak mengapam je lah..kat atas ni adalah apam dot-dot sekarang ni duk perap apam snow white ingat kejap lagi boleh le mengukusnya tak sabar ni apa-apapun ..jom kita tengok resepi apam dot-dot dulu..


    Bahan-bahan:
    3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
    275 gm tepung gandum
    220 gm gula halus
    150gm susu segar/ susu cair (susu sejat)
    3 sudu teh baking powder
    1 sudu kecil ovallete
    Filling strawberi/blueberi/ ikut suka - secukupnya
    Pewarna ikut suka


    Cara penyediaan:

    Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi selama 6 - 8 minit.

    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut suka.

    Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

    Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan sehingga 1/4 penuh. Picitkan filling secukupnya pada bahagian tengah. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ulang hingga habis.

    Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.

     Nampak tak merekah tu..sebab api kuat sangat..so moralnya hanya mengukus selama 10 min je dengan api yang perlahan..


    Ini yang letak filling strawbery..

    Friday, May 27, 2011

    Kelas Aneka Biskut Raya

    Hari ni (27/05/20110)  berkesempatan menghadiri kelas membuat biskut raya di Sugar & Flour. Sebenarnya banyak kelas yang dah terlepas..dan teringin nak attend..tapi asyik busy je..duk tertangguh je..so bila berkesempatan ni memang best..banyak la ilmu yang dapat..macam mana nak buat biskut yang rangup dan gebu.Tapi ada la peristiwa sedih kat sini..Kamera dah bawa tertinggal memori kad pulak di dalam laptop so..tak leh le ambil pic banyak2.Pic kat atas tu kipnap di dalam facebook Sugar &Flour..Selalunya problem kat bateri tapi kali ni memori kad pulak..tak pa la nak buat macm mana tak dak rezeki..bukan senang nak attend kelas macam ni..tambah2 berbayar pula.. huhuhu rasa rugi la pulak..hehehe.Ok la jom kita tengok je la pic biskut yang di snapp kat umah,,,sebab disamping boleh rasa boleh bawa bekal untuk bawa balik ke rumah. Tang rasa tu yang best..maklumla bukan time raya,,tapi dapat makan biskut rasa sedap la pulak..tapi tak di nafikan memang sedap la biskutnya..rangup dan gebu..tak la terlalu manis..sedang2 je..Ok la jom kita tengok pic tu







     

    Wednesday, May 25, 2011

    Kek Alunan Kasih Lagi!!!


    N3 kali ni pun tentang kek alunan kasih juga..kali ni buat 2 adunan..sebab nak bawa kesekolah sempena "Port Luck"..untuk cuti pertengahan tahun..kalau nak resepi boleh la tengok n3 yang lepas atau klik je kat SINI
    Jom kita tengok pic yang sempat saya snapp!!!







    Adunan Kedua