RSS

Monday, December 28, 2009

DI AMBANG 2010


Diam tak diam kita dah menghampiri tahun baru masihi 2010..rasa macam sekejap je cuti..rabu kena pegi meeting ..khamis pulak kena bertugas untuk pendaftaran tingkatan satu... walaupun sekarang nie tengah demam..minta doa rabu dan khamis nie...demam tak melarat..rasa macam tak seronok je nak p sekolah dalam keadaan tak sihat nieh..tapi nak buat macam mana dah tugas...kena pergi juga la...

Tuesday, December 8, 2009

Projek Cuti Sekolah



Akhirnya siap juga projek ini..sebenarnya dah lama siap baju nie dan tuan empunya baju dah pakai 2 kali dah..cuma tak sempat nak upload pic







Dah lama duk tangguh..projek baju kurung maisarah...sekarang nie baru berkesempatan untuk membuatnya..tapi secara berperingkat sebab sekarang nie sibuk duk jaga peperiksaan SPM...sekarang ni baru fasa memotong...pic atas tu proses duk sulam leher...

Sunday, December 6, 2009

Kenduri rumah mantan pengetua..Cikgu Abdur Rahim..

Ika dan maisarah tumpang posing di atas buaian yang unik...


Bilik pengantin simple tapi...nampak cantik dan kemas





aku pun tumpang sekaki gak!!!!...

 

...mak ika pun apa kurangnya...amboi f...posing sakan nampak...



Macam dalam gambar korea....la pulak..cantik la ..


Air pancuran..kurang jelas sebab ambik dengan kamera hp cokia je...nampak kurang jelas dan kabur...rugi la...memang cun lanskap air nie...









Kemarin pergi kenduri rumah bekas pengetua...teruja la tengok lanskap kat umah dia...memang tenang dan damai...

Berkhatan....


Ikan talang kering pun sesuai untuk dijadikan santapan untuk kanak kanak berkhatan....baru buat je nieh.....kalau makan dengan nasi panas panas..fuh memang...teruja..boleh habih setengah periuk nieh....


sayur sayuran juga penting sebagai pelawas
















Ikan haruan kering atau hidup..amat sesuai..untuk menyembuhkan luka..memang sedap..tetapi ada juga sesetengah kanak kanak tidak menyukainya...sayur-sayuran juga penting..sebagai pelawas..kadang kadang kanak2 akan merasa sedikit takut untuk membuang air kecil ataupun air besar semasa hari pertama..berkhatan..

Friday, December 4, 2009

KEK LAPIS PANDAN


kek nie hangit sikit..sebab oven baru beli...selalu duk guna oven lama..so boleh le set suhu yang betul...oven baru nie..belum hafal lagi...ragam dia...tapi selalunya jangan lebih dari 150 darjah..dan bakar dalam masa 45 minit...api mesti atas bawah..ok selamat mencuba semoga berjaya..
KEK LAPIS PANDAN

225 g tepung beserbuk penaik
225 g gula castor
40 g air daun pandan
75 g minyak masak
5 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik

cara-cara membuat
  • campurkan semua bahan kecuali minyak pukul sebati agak2..dlm 2 minit dalam kelajuan perlahan
  • tukarkan kelajuan pukul sebatai kira kira 5 minit
  • perlahankan kelajuan campurkan minyak..
  • pas2 boleh le dibakar..didalam suhu 150
  • gunakan oven api atas bawah

Tuesday, December 1, 2009

Dalam Proses mencari Material yang berfaedah....


Masih banyak yang perlu di dipelajari..dan kekurangan material..menyukarkan untuk mengemaskini blog ini..kalau sesiapa ada idea boleh la..bagi sedikit..untuk diperbaiki..ok tq