RSS

Tuesday, June 18, 2013

Kerabu Buah Mangga Muda


Kebetulan buah mangga (mempelam) kat belakang rumah baru berbuah sulung so tak sempat nak tua dah dikidnap dah. Kerabu ni sebenarnya paling mudah untuk dibuat, walaupun mudah tapi teramatlah sedapnya, kiranya bertambah-tambah la nasi jawabnya, sesuai untuk orang yang demam bak kata orang utaqha boleh pecah liur la!!!..jom kita tengok resepinya

Kerabu Mangga

Bahan-bahan
1 biji mangga
1 bungkus kacang goreng lebih kurang 50 sen (cuba tengok pic kat bawah ---kalau sempat upload la..sebab kacang ni sedap sesangat)
7 biji cili padi-kalau nak pedas boleh tambah, ni pun boleh tahan pedasnya
1/2 labu bawang besar atau boleh juga letak bawah merah
segenggam ikan bilis--goreng dulu ye ikan bilis tersebut
garam dan gula secukup rasa---original resepi na..no serbuk perasa

Cara-cara
Tumbuk semua bahan kecuali buah mangga . Sementara itu mangga bolehlah di sagat denga penyagat seperti gambar diatas. Selepas itu gaul sebati dan bolehlah dihidangkan, adui bercerau air liur, sebab benda dah habih baru nak post so jadi cenggini la kan!!!!..sabo je la...



Permulaan Satu Perjalanan



Hasil yang di tuai selepas lebih kurang 2 bulan...Syukur alhamdulillah


Tajuk entry macam gah aje tapi sebenarnya ini merupakan entry pertama selepas berbulan-bulan tak bersiaran (cewah) ..N3 ni adalah sebagai enjin la kot untuk start berblogging semula, Selepas cuba untuk menaikkan mood yang tak pernah nak naik-naik. Apa-apapun niatnya hanya satu sahaja iaitu untuk mencari redhaMU ya Allah...Walaupun kita kalah di dunia tapi Insyaallah akhirat kita tak akan pernah kalah..uiks ayat apa ni...yang mengerti sahaja yang dapat menghadhamnya seperti mana perut yang menghadhamkan makanan halal untuk dijadikan darah daging yang tidak akan di makan oleh api neraka..Ok lah tak mau emo sangat sat g terbakar pulak blog nie (dah lama tulis baru nak post hari ini..hehehehe..so berita dah basi)...apa-apapun jom kita jamu mata untuk hobi baru ini..bila tengok bunga-bunga ni, rasa macam nak buat kebun ros macam kat Cameron pulak hehehe...angan-angan.


   Baru nak kembang..cantik sangat..Indahnya ciptaan Allah kan!!!


Dah Kembang

Comel!!!