RSS

Monday, September 20, 2010

KEK LAPIS INDAH SARI 2010


Assalamualaikum.jumpa lagi..ok N3 kali ni saya  akan menunjukkan cara-cara untuk membuat kek lapis..indah sari 2010 (saje je letak nama tu)..ok mula-mula sekali kita tengok resepinya dulu..


RESEPI KEK LAPIS INDAH SARI 2010
Bahan A
12 Biji kuning telur (basuh dulu ye..)
8 biji telur (maksudnya ambik dua2 putih dan kuning..jadi jumlah telur semuanya 8 + 12 = 20 biji)
250 g tepung
300 g gula halus
1 camca besar ovalette
45 g santan / susu tepung

Bahan B
400 g mentega
90 g susu pekat manis
Cara-cara
Menyediakan adunan A
1. Campur telur, gula dan ovalette
2. Ayak tepung
3 Masukkan tepung
4. Pukul perlahan-lahan menggunakan pemutar (whisk)
5.Ratakan adunan dengan spatula supaya adunan sebati kemudia pukul dengan kelajuan paling tinggi hingga 5 minit
6. Adunan menjadi licin, terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan mengembangan sekali ganda daripada asal
7.Peringkat kedua adunan menjadi kuning cair, kemudian menjadi gebu dan pucat
8. Peringkat ketiga adunan menjadi putih dan berkrim, apabila diangkat pemutar, adunan kelihatan ketal dan gebu, dan ianya siap.


Menyediakan Adunan B
1. Campurkan semua bahan B
2. Mulakan dengan memukul adunan menggunakan kelajuan perlahahan untuk meratakannya. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar warna.
3. Masukkan adunan B ke dalam adunan A dan gaul rata, mesti digaul dengan spatula (boleh didapati di kedai-kedai kek), dan adunan siap untuk dibahagikan



Adunan yang telah dibahagikan kepada warna masing2, selalunya saya menggunakan warna merah+paste strawberi, kuning + paste oren dan hijau + paste pandan..ok kita close up sikit tengok kat bawah..


warna merah + paste strawberi


warna kuning + paste oren

warna hijau + paste pandan


Ok sekarang boleh la mula melapis..proses yang pertama saya letakkan warna kuning dahulu..ikut kreativiti masing-masing le ye..lapis yang pertama memerlukan apis atas dan bawah..manakala lapis yang seterusnya hanya memerlukan api atas sahaja..sebenarnya oven yang saya gunakan hanya oven biasa sahaja tak dak jenama pun yang penting ada api atas dan bawah..ok jom kita tengok macam mana rupa oven tu..


Ok ni dia ovennya..ok seterunsya kita tengok lapisan yang seterusnya..



Ratakan keseluruh bahagian..

Selepas siap di bakar kek perlu ditekan dengan alat di atas supaya kek menjadi lebih padat..
ok lah kita tengok pulak kek yang telah siap di bakar...(Ok la..lembab le pulak nak upload pic..kita sambung esok pulak ye!!..selamat malam!!!!)



Sebelah atas...jom tengok sebelah bawah pulak



Ok yang ini bahagian bawah....





2 comments:

Ratu Borak said...

sedapnye...membuka selera toi...hehehe

Unknown said...

semasa lapiskan tak perlu letak apa jem k?

Post a Comment