RSS

Saturday, December 11, 2010

Ujian adalah bukti kasih sayang Allah







Sumber : Al_Quran (disunting oleh KeARAH)
Firman Allah SWT :
Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, 'Tuhanku telah memuliakanku.' Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinaku," Sekali-kali tidak, bahkan kamu tidak memuliakan anak-anak yatim." (Surah al-Fajr 15 hingga 17)

Huraian
Sesungguhnya hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil dari ayat 15 hingga 17 surah al-Fajr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu bukan bermakna Allah SWT telah memberikan kemuliaan. Setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu bukan bererti Allah SWT telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Perkara yang sangat penting ialah bersabar dan selalu bermuhasabahlah kepada Allah SWT kerana setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Apatah lagi setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Siapakah orang yang paling berat cubaanya?" Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaanya ialah para Nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar amahnya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekiranya agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi di masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya (riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabaran, ketahuilah ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Ia juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Iman Ghazali menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub , "Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum di ditimpa bala, rela dan bersabar."

Selain bersabar, berdoa juga amat digalakkan kerana adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Daa' Wad Dawaa', "Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang".

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib r.a, sabda Rasulullah SAW, "Doa adalah senjata orang mumin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi."

Akhirnya sekali, cuba dengar dan hayatilah sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang mendatang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah SAW: "Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerana Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya (dosa-dosanya) sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

Percayalah sesungguhnya Allah menyayangi kita semua..wallahhualam..sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu adalah dari insan yang lemah ini..


Thursday, December 2, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Tetiba je keluar tajuk nieh...saje je...bila nak tukar sekolah nie..teringat lak tajuk nie..iele..seseorang insan tu...tidak akan selama-lamanya kekal diatas muka bumi ini..satu hari dan ketika kita akan dipanggil untuk menghadap ALLAh jua akhirnya...begitu juga dengan kehidupan manusia di bumi yang fana ini..akan ada perubahannya..berdasarkan takdir yang ditulis oleh ALLAH....so fenomena tukar2 sekolah or tempat kerja tu biase le..ada orang jenis tak kisah nak keje pada satu-satu tempat dalam tempoh yang lama...dan ada juga jenis yang tak boleh kekal pada satu-satu tempat kerja sahaja..so untuk diriku..rasanya dah lama duk kat sekolah tu lebih kurang 8 tahun..kira lama gak le tu...mungkin dah sampai masanya untuk berubah tempat kerja bagi mendapat..motivasi baru kut...so kerja2 yang bakal ditinggalkan..mesti le ada orang yang akan menggantikan...iaitu CIKGU DATA aahhh..memang fobia dengan ayat DATA..dah lebih 7 tahun..duk mengadap benda tu..ramai kawan2 mungkin mendoakan hehehe..tah le..harap tak la..depa cakap aku akan dapat jawatan tu juga nanti..alamak minta dijauhkan..dah aku tak kan ambik le..minta maaf ada cerita duka..disebalik data tu..kerja buat data ni memerlukan sokongan pihak atasan tak kisah le cikgu nak jadi pembuat data tetapi..persoalan utamanya cikgu-cikgu data ini memerlukan sokongan dari pihak atasan yang menguruskan data..sokongan yang macam mana???..contohnya kalau timbul masalah tentang data dan ada orang yang mempertikaikannya..mereka kena le backing cikgu-cikgu data nie....takut-takut ada yang kecewa..dengan cara pengurusan mereka...semoga penganti aku nanti mungkin akan buat lebih baik..lagi..mungkin dah lama duk terlibat ngan data so macam2 rasa yang timbul..sesungguhnya manusia nie banyak kelemahannya..mungkin dah sampai masanya aku mengundur diri..kalau duk tunggu buat pun..banyak je kesilapan dan kesalahan yang dilakukkan dan ianya merugikan guru-guru semua..jadi minta maaf sekiranya ada yang membaca coretan aku dan terasa hati..bukan nak komen..kerja buat orang..cuma sebagai luahan rasa hati..dan perpindahan sekolah nie pun bukan kerana DATA..tetapi dah sampai masa untuk aku merasai tempat kerja dan benda yang baru insyallah.....sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu dari kelemahan diri ini yang sentiasa lemah dan berkeluh-kesah...semoga ALLAH mengampuni..niat diri ini samada baik ataupun buruk wallahualam..Amin!!!..