RSS

Monday, April 25, 2011

KEK PISANG GEBU


N3 kali ni ialah kek pisang gebu..tajuk macam mat gebu..tetapi bukan ambil dari mat..tapi ambik kat sini..nama gebu sebab memang gebu, cuma kat bahagian atas dia macam kering sikit, Tetapi berbeza sekali dengan kek pisang yang pernah aku buat...tapi ok la sebab bahan-bahan dia memang menjimatkan, tetapi kalau anak ramai kena buat 2 adunan. Ni pun buat dua adunan juga la, untuk bawa ke sekolah sama, sebenarnya dah dua kali beli pisang tapi tak jadi-jadi juga keknya..kali ke tiga baru le jadi, jom kita tengok resepinya sama-sama :


Adunan pertama
BAHAN-BAHAN
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.



 Adunan ke dua..padat sikit tak tau la sebab apa



3 comments:

Wattie said...

salam Saliza,
Lembutnya nampak kek pisang tu...tkasih sudi follow, akak dah follow juga ya

Sunah Mohammad said...

wahhhhhhhhhhhhhhh! sedapnye!!

Saliza Shamsudin said...

OK tq watie..nanti saya follow ye..Sunah try la buat..memang senang buat, jimat dan sedap,,

Post a Comment